Friday 17 April 2020

UDANG MASAK KAMNYEONG PETOLA

Assalamualaikim semua, sudah makan tengahari?
.
Dayang, as usual masak biashe² sahaja tengahari ini, but bolehlah menambah sepinggan dua si suami hehe
.
Okey, menu tengahari Dayang, udang masak kamnyeong dengan petola. Hhmmmm sedap habaq hang he he
.
Bahan bahannya


100gm Udang yang telah dibersihkan
1 ulas bawang besar*
3 inci halia*
1 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
5 biji cili padi
200liter air masak
3 sudu minyak masak
Garam secubit rasa
3 biji asam jawa kering
200gm tauhu kering
2 batang petola yang telah dikikis kulit dan dihiris nipis



.
Semua bahan² yang bertanda *, Dayang hiris halus. Kemudian tumis bahan² tadi dengan api sederhana




Bila sudah naik bau, masukkan tauhu kering yang telah dibasuh. Gaul rata




Masukkan air. Didihkan hingga tauhu kering tadi empuk dan ringan




Bila sudah menggelegak, masukkan udang dan sayur petola yang telah dihiris




Biarkan dalam 2minit. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama ambuyat dan nasi panas




Tetiba hubby nak makan dengan ambuyat. Okey, layaaaanzz




Mudahkan. Jangan lupa masukkan garam dan cili padi untuk rasa lebih terangkat





Masak dari hati. Masak with Iman ya. Tata

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen