Wednesday 8 April 2020

PENGAMBILAN SUPLEMEN; PERUBAHAN SEPANJANG HAYAT

Hai hai!!! Apa khabar gaiss
.
Sudah luncheon uolls? Or just kudap² kopok lekor sama cekodok? Hmm sedapnyeee
.
Ok hari ini, Dayang nak bagi satu Testimonial yang Dayang alami sendiri; sebelum dan selepas mengamalkan suplemen sepanjang tahun² kebelakangan ini
.
Dayang nie, dulu digelar tengkorak kering  sebab kurus keding sangat
.
Sebenarnya Dayang lahir pre-matured baby  dan tidak dimasukkan ke dalam botol inkubasi. Ini kerana, arwah ibu adalah seorang nurse dan boleh menjaga secara alami di rumah
.
Bukan senang uolls. Bayi pramatang nie punya kulit yang sangat sensitif, perlukan penjagaan rapi. Itulah sebabnya Dayang hingga kini mempunyai kulit yang sensitif
.
Bukan itu sahaja, Dayang juga mengalami sistem penghadaman yang teruk sejak kecil. Makan sikit atau banyak mesti muntah
.
Bitamin yang ibu bagi adalah vitamin C, B, E dan Omega-3 dari scotch emulsion untuk tingkatkan imunisasi badan serta sebagai penjagaan kulit. Susu S26, susu yang paling mahal zaman 80an kata orang, itulah susu yang perlu Dayang minum tiap hari. Susu ibu tak lama, seminggu saja huhu
.
Betapa besarnya pengorbanan ibu, sanggup berhenti kerja awal dari jabatan kesihatan untuk menjaga Dayang dan abang yang keempat kerana mengalami situasi yang sama, bayi pra-matang
.
Sehingga ke hari ini, Dayang masih ambil suplemen vitaC dan B untuk kulit dan ESP Soy Protein untuk penghadaman
.
Pic di bawah ini adalah gambar yang diambil sekitar 2009 dan 2019. Sudah banyak perubahan yang berlaku pada Dayang. Dari segi saiz memang ketara. Gembira dengan perubahan ini
.
.
Pic 2020, semasa Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Kebangsaan SICC, Sabah bulan Mac lalu
.

Doakan Dayang agar sentiasa sihat di usia 41 tahun ini ya
.
Lovey dari Dayang tata

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen