Sunday 26 April 2020

# ayam goreng balado # menu simple

Ayam Goreng Balado kedayan stail; Penambat selera ketika berbuka

Memandangkan semalam punya menu langsung tak snap pun satu² , takpa kita teruskan sahaja kepada resepinya; AYAM GORENG BALADO kedayan stail




Saja bagi nama gempak sikit sebabnya suami kita nie orang Kedayan, suka masak tahu he he 



Bahan² nya



500gm kepak ayam
*100gm cili merah
*7 biji cili padi
1 ulas serai
*4 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*3inci halia
*1 camca serbuj kunyit
2 helai daun limau purut
1 biji tomato
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis




Cara² memasaknya



Bersihkan ayam kemudian perap dengan garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng. Panaskan minyak lepastu goreng ayam tadi dengan api sederhana


Kemudian, bahan² yang bertanda * tadi, Dayang blend kasar supaya bila makan nanti, masih ada granul yang besar² dari bawang dan cili hhmmm tak sabar


Eh? Ayam tadi jangan dilupa ya, sambil² blend, balik²kan ayam tadi. Jangan balikkan kuali yeer hehe


Settle ayam, ketepikan. Bahan yang kita blend tadi, kita tumis pulak dengan 4 sudu minyak. Takpayah banyak sangat, yang penting, bahan² tadi masak serata dan aromanya menusuk ke hidung. Huk huk terbatuk² suami sebelah masa goreng cili tadi


Jika sudah naik bau, nampak dah masak bahan cili kita, masukkan tomato yang telah dihiris besar². Tomata jangan masuk awal nanti cili kita berkuah, paling last tomat masuk sebelum ayam sebab cepat layu


Sudah sebati semua, bolehlah masukkan ayam dan gaul rata dalam 5 minit sebelum dihidangkan


Hiaskan dengan cili potong. Dah siap untuk juadah berbuka. Menu ini tak pedas sangat. Sedang sedang. Anak² buah Dayang suka makan sampai bertambah² nasi



Selamat mencuba. Tata




No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen