Tuesday 21 April 2020

Resepi Makmur guna 4 bahan sahaja

Alhamdulillah, bertemu lagi kita kan. Assalamualaikum




Posting kali ini, kita santai2 saja bha kan hihi




Okey, oleh kerana tak lama lagi bulan Ramadan, tekak Dayang terasa sangat  mahu makan kuih raya, even Syaaban pun belum habis heee




Craving sangat pagi tadi, terus buat snowball makmur yang bishe² sahaja ini




Bahan²nya

400gm tepung gandum ( Dayang guna cap lili refines flour )
3 sudu besar gula ( Ini hanya untuk salutan luar sahaja )
4 sudu besar Marjerin ( mahu guna minyak sapi pun boleh )
3gm Kacang Tanah ( disangai dengan sedikit minyak hingga garing kemudian ditumbuk )
3 sudu besar Nestum 



Cara² membuat



Tepung tadi, Dayang ayak terlebih dahulu, kemudian jemur 30 minit di bawah matahari untuk dapatkan tekstur yang ringan. Kacang tanah ditumbuk halus sedikit. Dayang tak suka blend, sebab bila makan tak terasa crunchy pada makmur tersebut.


Selepas itu, aduk bahan² tadi bersama marjerin dan nestum dalam mangkuk. Ramas sehingga menjadi doh agar mudah dibentuk bulat². Mahu gentel pun ada cara tahu he he




Setelah selesai digentel bulat, susun dalam bekas pembakar, dan masak selama 20minit dengan suhu 170° celsius




Gula diblend halus dan sedia untuk disalut pada snowball makmur tadi


Taraaaa

Sweet snowball makmur sudah ready untuk di ngap. Selamat mencuba ya. Tata

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen