Wednesday 15 April 2020

# leisure

Juadah wajib ketika Syawal; Jom baca celoteh cik Dayang

Assalamualaikum semua, buat apa tue? Tengah bakar kek coklat moist? Apa!! Sedang adun tepung buat kuih raya 😜
.
Ewah³!!! Bukan main mak kakak adik abang berhempas pulas dekat dapur yer
.
Tidak kurang juga ada abang² sado kitani, sibuk buat tiktok sbil pakai baju kelawar isteri ek hehe
.
Apa²pun yang kita lakukan dirumah, biarlah berpada² ek, panjang lagi perjalanan pkp kita nie, hari ini baru masuk fasa ke tiga. Hingga hujung bulan April gaiiss
.
Okey, ajoms Dayang nak kongsi beberapa menu yang biashe² jer dan memang menjadi juadah wajib ketika bulan Syawal
.
1. Kelupis





Kelupis nie dari beras pulut. Kalo arwah mak Dayang, dia suka campur dengan beras biasa agar kurang berlemak. Proses agak tricky sikit sebab sebelum dibalut dengan daun palas atau daun irik orang tempatan panggil, beras pulut tadi ditanak separuh masak terlebih dahulu sebelum dibungkus dan ditanak sekali lagi hingga beras tadi masak penuh. Kelupis juga boleh dimakan dengan kuah sate, kari daging atau makan begitu sahaja gaiss. Lazat hhmmmm
.
2. Kuah kacang berdaging



Masa mula² kahwin, ipar duai nak sangat saya masak. Makanya, kebetulan baru belajar dengan mak sebelum raya itu, so kita trylah masak kuah kacang berdaging. Peeergh!!! Pilihan daging pinang memang sesuai untuk kuah kacang tadi. Kacang disangai atau digoreng tanpa minyak, kemudian ditumbuk atau diblend halus. Daging dihiris halus agar masuk rasa.


Kemudian, halia, kunyit hidup, lengkuas, bawang ditumbuk atau diblend halus. Buah pala, pelaga, kulit kayu manis, cengkih ditumbuk halus kemudian digoreng bersama bahan yg diblend tadi sehingga naik bau



Masukkan kacang yg sudah dikisar, gaul dengan kasih sayang. Part nie kalo nak pedas, boleh letak cili boh ataupun cili merah yang diblend juga. Terserlah merah kuah kita. Biarkan 30minit sebelum masukkan daging pinang kita, masak hingga naik minyak kuah kacang kita nie.



Dulu pesan arwah mak, kalo nak tahu masak kah tidak kuah kacang kita, kena biar kuahnya pekat agar air lebihan blend bahan² tue betul² kering. Hah!!! Time nie, memang kena sabar sebab kita kena gaul kejap2 supaya tidak hangus bahagian bawah. Takut sangat kena letup² minyak tue, gunalah sudip panjang, tak gittew awak hehe




3. Mee kari ala mamak


Ini pulak kesukaan kak ipar masakkan untuk kami di pagi Syawal pertama.



Kurang tahu prosesnya, tapi dari pemerhatian Dayang, masak kari tue senang. Macam kari ayam juga. Cuma makannya dengan mee kuning yang berkapur iti, dengan segala bumbunya seperti sayur taugeh, telur rebus, hirisan limau nipis dan bawang goreng




Peeergh!!! Memang terangkat debamboom kalo kak ipar kita masak



Moga Allah permudahkan urusan kita di bulan Ramadan dan seterusnya sampai ke bulan Syawal
.
Jika menu² di atas ini berjanggah dengan aturan chef² gojes di luar sana, maaflah. Ini hanya mengikut sukatan Dayang sendiri tanpa merujuk resepi sesiapa he he
.
Kalo salah tolong maafkan dan betulkan ya
.
Itu sahaja dari Dayang. Tata 😘😘

4 comments:

  1. Kak buatkan kelupis.. I mau beli. X pandai bah buat sendiri. Hihi. Hantar pi penjara Kepayan sana sama husband. Giteww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh kalo maw boleh bha, mencari daun dulu kita ya

      Delete

Follow Us @u.shine.im.queen