Saturday 4 April 2020

5 Rahsia TANAH KEBUN SUBUR dan KEBUN BUNGA SEGAR

Hai everything hahaha tetiba pulak ingat mrs everything....tak²!!! Hai sahabat semua, selamat pagi sabtu yang manis dan segar
.
Hari ini, Dayang buka cerita pulak 5 CARA TERBAIK untuk pastikan tanah kebun kita dalam keadaan baik dan tumbuh subur
.
Ada beberapa blog yang Dayang suka cara mereka dalam perkebunan dan penanaman poko bunga. Sebenarnya berkebun adalah salah satu cara yang Dayang memang suka dan dipupuk sedari kecil lagi, semasa itu arwah mak masih ada lagi hingga kini
.
5 tips itu, Dayang concludekan seperti berikut:
.
1. Pastikan tanah dalam keadaan SIHAT
.
Maksudnya, campuran tanah bakar 20% tanah baja 30% dan digembur agar tidak bercampur dengan akar² mati dan daun yang akan menghalang pertumbuhan pokok kita
.
2. BAJA ORGANIK
.
Baja yang paling baik adalah dari tahi ayam, kuda, kerbau atau lembu yang telah diaduk dengan tanah bakar dan dibiarkan semalaman bagi mengelakkan tanah tersebut panas dan mematikan akar
.
3. Komposisi campuran 
.
Mak Dayang ajar campuran pasir pada tanah bakar amat baik untuk aliran air pada akar. Pasir pantai amat tidak sesuai kerana granulnya halus dan tidak mudah menyerap air. Pasir jenis ferit atau adunan sekam campuran boleh dipertimbangkan jenis tanaman apa yang sesuai. Selalunya sayur sawi bunga amat gemar tumbuh pada campuran ini kerana akarnya yg serabut mampu mencengkam tanah sesambil menyerap air. Guna sahaja kaedah 3 : 2 : 1 ( tanah bakar : pasir : baja )
.
4. Kawasan penanaman
.
Kawasan redup amat sesuai untuk tanaman yang hanya memerlukan 3/4 cahaya matahari seperi sayuran dan bunga dedaun. Andai berminat dengan Adenium, eloklah diletakkan di kawasan yang tidak berbumbung atau redup kerana jenis ini kurang memerlukan air dan tahan lasak dengan matahari
.
Rahsia Tanah Kebun Subur

ini jenis Adenium yang sangat lasak. 3 hari sekali baru kena siram dan diberi baja 2minggu sekali. Sangat mudah hendak tanam tahu
.
Rahsia Tanah Kebun Subur

Rahsia Tanah Kebun Subur

Rahsia Tanah Kebun Subur
Ini pulak antara pokok berdaun yang amat tidak suka cahaya matahari. Cukup dari jam 6 hingga 8 pagi sahaja. Lebih dari itu, daunnya akan kelihatan seperti melecur dan kering
.
5. Boleh pergi ke nurseri² tanaman yang berhampiran untuk meminta nasihat dan tunjukajar dalam penanaman pokok bunga dan sayuran. Di bawah ini, adalah beberapa ketul sayur sawi bunga yang sempat Dayang baja dan tanam dalam bekas
.
Rahsia Tanah Kebun Subur
 .
Sesambil dalam pkp ini, aktiviti beginilah yang boleh menyihatkan minda dan badan. Lepas hadam VitaCplus, Dayang akan habiskan masa 3 hingga 4 jam membelai dan menyemai pokok. Hari ini sahaja sudah 3 pasu bomelium Dayang tanam kerana banyak sangat tunas. Sudah baja sudah siram. Hati pun senang
.
Bukan gittew uolls. Selamat mencuba ya tata

3 comments:

  1. Suburnya tanaman akak.saya suka menanam juga,tapi sayur ja biasa nya.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya kak dayang rajin berkebun ❤️

    ReplyDelete
  3. Teringat mama bah sama bunganya. Banyak bunganya. Nah janya sudah pencen menjual tah mama bunga. Haha. Bisai nya ku. Tpi ku free ar. Sorg adik ni penurun banar minat mama ku. Yg ai ni bilalah mo menanam. Hihi. Tq tips kak

    ReplyDelete

Follow Us @u.shine.im.queen