Saturday 11 April 2020

CARA MEMBUAT AMBUYAT

Hai semua. Apa khabar? Masih bertahan lagi? Sudah dengar pengumuman Perdana Menteri tadi? Huhu tambah lagi nampaknya pkp kita ke hujung bulan April nie. Ini bermakna, 2 minggu lagi kita akan lalui. Itupun kalo tak lanjut lagi kan hehehe
.
Oklah, tengahari tadi tetiba menu tengahari AMBUYAT. Korang tahu tak apa itu ambuyat? Kalo dekat sarawak, mereka panggil linut. Ambuyat ini adalah makan ruji bagi kaum Berunei dan Bisaya di Sabah
.
Kebetulan menu harini ambuyat, maka jom kita stori2 sikit tentang cara membuat ambuyat
.
.
1. Step pertama, selalunya kalo kami buat, untuk dua tiga orang sahaja makan, hanya ¼ sahaja tepung sago tersebut di taruh dalam besen. Boleh saja letak seplastik putih yang ada di pasaran tue. Alaaa yang biasa orang letak air sirap masa jualan dekat bazar
.
2. Kedua, masukkan 3 sudu air biasa atau air bertapis supaya tepung tadi sebati dengan air dan mudah digaul untuk proses seterusnya. Sebelum itu, didihkan air dalam cerek
.
3. Ketiga, biarkan tepung sago tadi pekat bancuhannya kemudian tuangkan air panas yang baru mendidih serta gaul perlahan² seiring dengan sudip kayu. Tuang perlahan² agar adunan tadi tidak terlalu cair. Gaul selama 5minit untuk mendapatkan ambuyat yang putih jernih seperti gam. Sekiranya putih jernih mulai timbul, berhenti menuang air panas ke dalam adunan dan aduk lagi sehingga terhasil ambuyat yang putih jernih dan likat
.
4. Akhir sekali, buatkan kuah pencicahnya, seperti air rebusan ikan atau ikan pindang masak asam pun sedap. Cara membuat kuahnya; isi ikan ( selalunya Dayang suka guna isi ikan tongkol atau ikan temenung sebab isinya sedap dan padat ), kuah rebusan ikan, air limau nipis, lada padi dan belacan. Aduk semuanya dalam mangkuk. Siap!! Boleh lah dinikmati ambuyat tadi dengan kuah isi ikan tersebut
.
Kadang, boleh disertai dengan sayur mayur. Makanan seimbang lah katakan, ada sayur ada lauk dan karbohidrat
.
Tapi, pesanan Dayang, jangan makan sebelah malam. Sebab ambuyat nie boleh menyebabkan kita kerap buang air, dan sebenarnya boleh menyejukkan badan jika dimakan waktu tengahari. Naaah kalo makan sebelah malam, mahunya dua tiga kali ke tandas kan
.
Okey, itu sahaja dari Dayang. Maaflah kalini tak sempat ambil gambar dek sudah lama tidak meng'ambuyat. Sekali cuba, nak lagi bah. Tata

4 comments:

  1. Rindu pla ambuyat makan di Sabah last year

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, lepas pkp nanti jemputlah datang umah dik ipar, makan lagi sana heheh sekarang nie ada certain tempat tawarkan makan ambuyat sebagai menu istimewa dekat restoran, harga pun berbaloi

      Delete
  2. Atuyaaa.. Hambuyat biskiterr. Pernah termakan sama mama angkat di Labuan dulu. Mcm first time makan masa tu. Ya ampunn. Lauk i hanya sayur dan kuah dan sambal. Kembang tekak sekrg. Lepas kawin sm org Papar, memang setahun ada ja masa kami ni makan ambuyat tapi now pkp.. Lpas ani tah. Nda ku pandai membuat sendiri ani. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ani pun laki yg menggaul, diriku menuang sahaja air panas heheh

      Delete

Follow Us @u.shine.im.queen