Friday 10 April 2020

3 cara hindar kucing buang air merata dalam rumah

Asaalamulaikum, selamat pagi sabtu
.
Harini Dayang nak bagitau 3 cara bagaimana hindari kucing dari buang air merata dekat dalam rumah
.
Keluarga Dayang memang suka bela kucing. Dari kucing kampung, ke kucing Minecoon pun ada nie. Dayang ada juga jual beberapa kucing mainecoon kepada yang berminat. Setakat nie, seorang pelanggan dari Berunei dan Tawau datang singgah untuk beli maincoon kami
.
ini miaw, suka join bila Dayang berkebun. Santai di para sibuk nak duduk sama
.
Okey, jom cerita pasal cara yang terbaik sang bulus gebu gebas anda yang kerap buang air merata dalam rumah. Ajooms!!
.
1. Tabur serbuk cuci / siram soflan

Tabur saja serbuk cuci apa² jenama dekat kawasan cik bulus suka buang air tersebut. Ia bertahan hingga 3 hari untuk sekali tabur. Boleh juga renjis soflan ¾ ditambah dengan ¾ cuka

2. Cuka

Renjis sahaja cuka makan dekat kawasan tadi. Kucing nie memang tak suka berada tempat yang ada bau masam. Si gebu anda akan cuba cari tempat lain atau terus membuang di luar rumah

3. Sentiasa bersihkan tempat najis

Ini juga salah satu cara untuk kekalkan cik bulus terus pergi ke 'toilet' dengan kerap. Cik bulus memang suka tempat tidur atau tempat berak dia bersih. Kalo tak bersih, itu yang dia bagi tanda dekat tuannya supaya bersihkan segera tandas dia. Tak pasal² kerja dua kali hu hu
.
Apa²pun, boleh lah amal semua yang di atas ini sepanjang pkp ini. PKP susah pun bertambah ke 2minggu lagi, so....rajin²lah ya menjaga kebersihan
.
Itu sahaja dari Dayang tata

2 comments:

  1. macam ni rupanya nak jaga kucing ya. bagus tip ni, walaupun membela kucing tetap menjaga kebersihan juga.. :)

    ReplyDelete
  2. Betul, miaw juga antara terapi yang digunakan oleh pelajar di sebuah universiti di kanada agar pelajar mereka tidak stress

    ReplyDelete

Follow Us @u.shine.im.queen