Tuesday 7 April 2020

5 CARA DUDUK MENGIKUT POSTUR TUBUH YANG BAIK

Hai hai hai semua, ada nasi kamu he he sorry² sahaja Dayang berseloroh petang Selasa ini
.
Waaaah sudah hari ke 20 kita berPKP di rumah. Ya Allah sedar atau tidak, betul² tak sangka, Dayang masih boleh bertahan tak kemana², duk rumah sahaja melukut ish ish ish
.
Okey, jom kita sit back, relax, kupi² kah....ajoooms
.
5 CARA POSTUR DUDUK YANG BAIK
.
Ini yang Dayang diajar oleh tabib cina ketika Dayang slipdisc minor L3 hingga T5 huhu
.
Pertama - DUDUK TEGAK
.
Buka bahu, lapangkan dada dan biarkan bahu tadi dalam keadaan santai dan relax. Pastikan bahu tidak melengkung ke hadapan atau senget ( macam mak kiah sedang menjual goreng pisang, contoh saja )
.
.

Kedua - PUNGGUNG RAPAT
.
Aik? Rapat kemana pulak ini. Taaak...maksud ai rapat tue, bila duduk di kerusi, rapatkan punggung terus ke bahagian penyandaran supaya bahu tegak, bahu pun boleh rapat rata seiring dengan kerusi tadi. Taklah nampak bongkok pula kan. Ini menggalakkan agar tulang belakang sentiasa dalam postur duduk yang betul
.
.
Ketiga - KAKI LETAK KE LANTAI
.
Hah!! Ini satu lagi, kalo jenis macam makcik lepat yang jenis cergas di dapur itu, dah tentu lagak duduk pun sudah macam gangster kan, terburangak  kain ditarik hingga ke lutut kerana panasnya api gorengan. Bila kaki dapat mencecah lantai, postur duduk pun akan jadi betul dan dapat menampung punggung yg rapat ke kerusi, tak gittew?
.
.
Keempat - ALAS BANTAL ATAU ALAT SOKONGAN
.
.
Ini pula cara Dayang yang berbadan kecik bila duduk dekat kerusi yang besar seperti kerusi di pejabat itu. Payah nak adjust. Kalo ada bantal atau kusyen, maka terselitlah ia dekat belakang untuk sokong postur punggung. Atau, jika tiada, usah risaulah...beg sandang berjenama coach itu, letak saja sebagai alat sokongan belakang, kheeeen
.
Ini yang last, Kelima - Senang ajer, oder ostematrix dan ESP Soy Protein dengan Dayang. Harga pun boleh runding apa, lagi satu, makanan tambahan ini sememangnya membantu merawat sakit sendi Dayang. Senang tak?
.
Itu sahaja dari Dayang tata

4 comments:

  1. Kalau postur duduk tidak betul, memang payah juga. Effect pada badan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dik asy, kak dyg nie mesti duduk tegak, menyandar...kalo tak T5 akan sakit, huhu dah tua agaknya nie

      Delete
  2. Tq infonya kak.baru tahu kalau nak duduk pun ada caranya yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena jaga betul² postur duduk dan berdiri supaya tulang belakang sihat, selain dari senaman dan makanan tambahan

      Delete

Follow Us @u.shine.im.queen