Saturday 18 April 2020

3 TIPS MENABUNG SAAT PKP

Assalamualaikum uolls, apa khabar semua?




Hari ini, Dayang nak cerita sikit tentang 3 tips menabung ketika pkp ini




Bagaimana caranya?





1. Sedia tabung untuk setiap keperluan


Dayang akan sediakan tabung yang perbagai saiz dan kegunaan. Tabung harian, tabung syiling dan tabung duit kertas. Tabung harian maksudnya duit yang diletak akan digunakan hari²


Tabung syiling pula untuk lebihan duit pembelian barang, jika ada syiling maka letaklah di dalam tabung tersebut. Manakala tabung wang kertas khas untuk duit simpanan sementara yang akan disimpan di bank

Setakat ini, sudah 1k yang sudah Dayang simpan dalam ASB dan Agro untuk simpanan tetap duit kertas



2. Listing barang keperluan



Cara begini sangat sesuai untuk mengurangkan terlebih bajet dalam berbelanja ketika pkp ini. Beras, gula, garam, minyak, kopi dan makanan tin adalah antara yang terpenting dalam perbelanjaan Dayang setiap kali ke supermarket. Namun tidak menjadi hal jika ingin membeli barang yang lain. Ini hanya kebiasaan Dayang dalam berbelanja




3. Melangsaikan hutang




Hutang adalah wajib dibayar. Ia akan menjadi satu amanah yang akan ditanya di akhirat kelak. So, jelaskan hutang terlebih dahulu sebelum berbelanja dan menyimpan



Mudah kan cara Dayang. Amalan arwah ibu Dayang dari muda, dan sekarang menjadi ikutan Dayang



Moga menjadi amalan anda juga yer. Jomlah kongsi di ruangan komen andai ada cara yang lain untuk menabung semasa pkp ini. Ajooooms!! Tata




Lovey,
Dayang yang comel

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen