Wednesday 22 April 2020

# makanan # resepi mudah

Resepi Nasi Lemak Sambal Bilis Kacang ala McD

Hai² semua!! Apa khabar? Assalamualaikum dan selamat pagi selasa uolls



Harini, kitorang lakibini terlalu rajin sangat. Minggu ini sahaja, dua juadah sarapan pagi ala mamak dan McDonald kata hubby siap sedia dihidangkan atas meja



Entah apa yang merasuki hidup ku ha ha mesti tengah nyanyi tue kan



Yang pastinya, menu kami sangat simple dan pasti menambat selesa suami dan keluarga, cheeewah!! Ada² sahaja lah



Okey, ajooms!! Lah kita sekodeng bahan2 yang mudah itu di bawah ini. Check it ouut!!



Bahan² nya

200gm kacang tanah ( goreng dengan minyak sikit, kendian tumbuk. Saja Dayang tak buka kulit supaya aroma kacang itu menerawang kat dalam dapur, gittew )

100gm bilis mata biru ( jenis ini memang sangat best untuk nasi lemak, halus sikit  dan berkualiti, AA premium uolls. Bilis ini, Dayang blend sekali pusing jer untuk bikin campur lada kering nanti )

*100gm lada kering ( Dayang buang biji, kemudian masak hingga lembut. Lepastu, blend halus² supaya taklaaa nanti terselit kat celah gigi. Penting tu gaiis )

*Seulas bawang holand
*2ulas bawang merah
*3inci halia
*Garam secukup rasa
*Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Santan untuk nasi


Untuk hiasan

3 biji Telur rebus
Kacang yang telah digoreng
Bilis ikut suka
Timun ikut suka


Cara² nya


Bahan² yang bertanda * tadi, dayang blend siap² kemudian tumis hingga naik minyak dan garing. Boleh letak air sedikit supaya tidak terlalu pekat kuah ataupun tambah minyak untuk lebih aroma. Gaul hingga semuanya sebati dan jangan lupa yee tambah garam gula untuk perasa


Beras Dayang cuci dan tanak setengah masak, kemudian baru masukkan santan kotak ( Ini dayang guna seri aji sebab teksturnya lebih pekat dan sedap ). Gaul bagi rata nasi dan santan serta biarkan 5minit supaya betul² masak nasi tadi


Taaadaaaa, selera tak korang? Nasi lemak bersambal bilis kacang gaiiiss



Sorry lah, tak pandai nak tangkap gambar sangat, lapar bah sudah. Yang empunya tangan itu, tak sabar mahu kaut nasi kerana aroma nasi itu mengoda kau hu hu



Dah tambah lemak kalori segala, jom pulak hadap omega shaklee untuk bantu singkirkan kolestrol jahat pulak kan hehehe



Selamat mencuba, tata

2 comments:

Follow Us @u.shine.im.queen