Salam 16 Ramadan korangs, Assalamualaikum
Tepu sangat nak dapat idea tengah bulan mengambang ini, badan pun rasa sengal² jer, craving makan macam²
So, hari ini bagi tips mudah UNTUK MURAH REZEKI iaitu SEDEKAH
Power betul kuasa sedekah ni
Kalau rezeki kita tengah tersekat, buat apa pun asyik stuck, try la keluarkan sedekah.
Sebab, rezeki ni kan, dia macam air yang mengalir.
Bila tengah stuck, kena keluarkan sedekah supaya rezeki tu dapat mengalir semula dengan lebih mudah.
Bila kita tengah stuck, tapi kita takut nak sedekah sebab kita pun cukup-cukup makan je, maka terus tersekat lah kita dengan keadaan itu
ولئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن العذابي لشديد
Seperti kata² Almarhum Alfadhil Ust Datuk Ismail Kamus "Dalam rezeki kita itu, ada hak orang lain. Bersedekahlah kerana rezeki yang di tangan tidak semestinya hak kita. Mungkin yang kita belanjakan, belum tentu sampai ke tenggorokan kita. Maka, sebarkanlah sedekah agar ia makin bertambah. Kerana sebenarnya, yang kita sedekahkan itu, itulah rezeki kita yang hakiki." Alfatihah buat tuan guru, di jumaat yang berkah, kau pergi tinggalkan kami
Dapat sesuatu? 😉
YES 👌
Tata
No comments:
Post a Comment