Sunday 3 May 2020

# kesihatan badan # penyahtoksin

5 Sebab kenapa perlu minum air 8 gelas sehari

Hai uolls, Assalamualaikum gaiis, apa khabar?


Dengan cuaca panas ☀sekarang ini, perlu banyak minum air untuk memastikan badan tidak terhidrat dengan segera



Sekurang kurangnya minumlah air putih yang dimasak sebanyak 8gelas sehari



Nisbah keperluan air untuk berat badan minimum seperti 25kg bersamaan 1liter air



Berikut merupakan 5 jawapan kenapa kita perlu minum air banyak



👍Untuk membantu mengurangkan berat badan optimum. Patutlah sesetengah orang suka pergi gym dan bersenam sebolehnya untuk menurunkan berat badan. Makin banyak bersenam, makin banyak air yang diperlukan untuk tubuh mereka💪



👍Bagi mereka yang bekerja di lapangan atau sebagai buruh, mereka lebih memerlukan air untuk meningkatkan  tenaga dan melegakan keletihan. Ini kerana, air memberikan sumber oksigen untuk tubuh agar lebih cergas ⚽



👍Ingin kulit cantik, amalkan minum 3liter sehari untuk detox semulajadi kulit. So, taklah kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya, tak gitu?👸



👍Air juga membantu membuang toksin dari badan melalui bahan kumuh dan peluh. Bukankah bila kita berpeluh, rasa segar sahaja badan. Itu bermakna toksin dapat disingkirkan dengan alami 



👍Jika sering sakit kepala, cuba minum sebanyak yang boleh air sebagai penawar sakit kepala semulajadi. Ia memberikan bekalan oksigen lebih ke otak akibat letih dan kurang bersenam 💆



Cubalah kekalkan minum air 3liter setiap hari
.
Nanti Dayang share pula apakah khasiat khasiat lain minum air ini ya 😊✌



Dayang
Lebih suka minum air masak berbanding manisan, ok apa 😜


Tata

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen