Saturday 9 May 2020

# petua mak

petua agar isi udang, ayam daging fresh

Hai semua, Assalamualaikum


Pagi ini, Dayang mahu kongsi satu tips agar udang, ayam daging masih segar fresh even kalo tak simpan dekat freezer




Petua ini dari arwah mak. Mak dulu seorang tukang masak kampung. Tiap kali ada kenduri kahwin, tak kesahlah orang muslim atau non-muslim, pasti aunty² saya panggil mak untuk masak gulai kahwin mereka


Memandangkan mak pun sudah lama bersara dari nurse gomen, jadi dia penuhi dengan disertai kawan²nya, geng² karas dia orang bilang


Malam sebelum masak menu kahwin, mereka akan sedia potong² semua bahan mentah seperti daging, ayam dan sayur mayur


Satu petua mak, bila potong semua bahan mentah, jangan dulu basuh dengan air. Ia akan merosakkan tekstur bahan² yang hendak dimasak. Malah akan menyerap air lebih lagi


Selepas semua dipotong, mak akan layur semua bahan mentah seperti udang ayam dan daging dengan gula. Peti ais sudah penuh dengan bahan lain, jadi....cara lain untuk elakkan bahan² mentah tadi tidak busuk, gula adalah sebagai ejen pembeku bahan² tersebut


Esok subuh, bila nak masak, buang sahaja baki air yang terkandung di bawah raga, dan bilaslah dengan air semula untuk digaul dengan rempah


Daging² tadi masih rasa fresh dan lebih juicy mak kata


Tapi bertahan selama 2malam lah, sebaik²nya lepas layur dengan gula itu, adalah lebih baik simpan dalam freezer yer


Begitulah petua mak. Mari kongsi dan praktik ramai². Mak pun dapat pahala juga


Tata

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen