Friday 1 May 2020

# Urus duit

Cara Mudah Bayar Zakat guna SnapNPay

Salam 8 Ramadan gaiss. Assalamualaikum



Okey, hari ini, Dayang nak share Cara Mudah Bayar Zakat melalui SnapNPay, tapi sebelum itu, apakata korang donlod terlebih dahulu aplikasi SnapnPay ini dekat henfon. Baru mudah nak ikuti step by step Dayang nak ajar ini


Macam ini aplikasi yang itu. Nanti adalah beberapa syarat dia bagi, masukkan emel korang tahu

Tekan dekat zakat fitrah itu, nanti dia akan keluar macam ini. Semua benda ada. Nak sedekah nak bayar ptptn bagi sumbangan dekat PIBG, semuanya ada. Tinggal korang klik sahaja

Dayang kan orang Sabah, so...klik dekat MUIS. Kalo korang negeri lain, klik pada tempatnya. Takkan nak klik Sabah juga kan he he

Nanti dia akan keluar ini lagi. Isi butiran korang dan boleh pilih jumlah bayaran yang dikehendaki



Membayar zakat adalah wajib bagi semua muslimin mukallaf. Dayang sudah tunaikan zakat pada Ramadan ketiga lagi. Takpa awal², manatahu ada benda lain nak buat kan seperti sedekah kah apa kah. PKP kita pun belum berpenghujung lagi. Selamat menjalani ibadah puasa dan jom bayar zakat reramai. Tata

2 comments:

Follow Us @u.shine.im.queen