Tuesday 30 May 2017

Masalah gastrik ketika berpuasa

++++++++++++++++++++++++

Elak gastrik dengan cara

1. Berbuka secara ringan

Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak “terkejut”.

Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.
.
2. Tidak berbuka terlalu berat

Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga).

Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.
.
3. Makan makanan yang mengandungi sulfur

Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah.

Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi.

Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.
.
4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka

Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif.

Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka
.
5. Elak makanan tinggi lemak

Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng.

Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.
.
6. Makan secara sederhana

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.

Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.
.
7. Suplemen Untuk Bantu Penghidap Gastrik Ketika Berpuasa

Bagi anda yang menghidap gastrik, usah risau dan gelisah untuk menghadapi bulan Ramadhan Al Mubarak. Alternatif pemakanan suplemen juga dapat membantu penghidap gastrik.

Di Shaklee, suplemen berikut dapat membantu anda mengurangkan komplikasi gastrik yang teruk dan memberi tenaga ketika berpuasa:

#Ostematrix – Mengandungi kalsium yang akan membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Kekurangan kalsium di dalam tubuh juga boleh menyumbang kepada terjadinya gastrik.

#Peppermint-Ginger Plus – Membantu memberi kelegaan dan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman dan mengurangkan masalah angin dalam perut.

#ESP Soy Protein – adalah protein yang membantu pesakit gastrik  berasa kenyang dan bertenaga lebih lama. Selain itu, ia sangat diperlukan untuk pemulihan luka di dalam perut dengan menggantikan tisu di dinding perut yang telah rosak akibat keradangan oleh asid.

cc Noorsyawani Zulkifli

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Dayang ya

Dayang
Pengedar Shaklee Papar / Sabah
010 318 9844

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen