Saturday 3 June 2017

SALAM PERKENALAN DARI DAYANG

Salam semua, salam Ramadan dan salam 1M

Saya Dayang Ku Lehainie Ag Salleh, asal dari Papar, Sabah bumi tercinta

Panggil Dayang jak, senang mahu ingat

Umur....eeeemmmm baru 37.....Apa?? Muda?? nak dekat 40 sudah ini

Mahu cerita sedikit, tentang bagaimana Dayang boleh menceburkan diri dalam bidang Shaklee ini

Dayang seorang guru, boleh dikatakan antara guru aktif di sekolah. Mungkin sebab badan kecik, memang patut senang nak bergerak.

Kekadang belum 10minit duduk, Dayang sudah bersiap-siap untuk ke kelas yang seterusnya, sebabnya, untuk meninjau-ninjau kawasan sekeliling sekolah.

Jawatan unit kebersihan memang sesuailah dengan Dayang...kerana sifat aktif tersangat itu

2 Tahun lalu adalah tahun yang tak boleh Dayang lupakan. Hampir terkena ANGIN AHMAR yang menyebabkan saraf belakang Dayang cedera kerana terlalu "overworking" kata pakar x-ray. Kejang dari pinggang ke kaki kanan

Macam-macam cara Dayang cuba untuk sihat. Makan painkiller...Tak jalan. Berurut...Itu paling seksa, tak dapat tidur, rukuk sujud jadi masalah sebab belakang tak dapat bengkok. Tabib cina pun dicari merata tempat. Dayang berjalan pun macam robot. Malah mahu naik tangga lagilah, menangis mahu pijak anak tangga ke3

Nasib Dayang berubah selepas sebulan menderita sakit. Seorang kawan sekerja syorkan Dayang makan ostematrix kerana kira kalsium semulajadi untuk mencegah osteporosis dan sakit sendi

Masa itu, hanya Allah sahajalah yang tahu. Bagaimana saya bersabar dan berusaha mencari penawar sakit ini, akhirnya ada solusi lain

Dalam sehari Dayang cuba telan 4biji ostematrix malam, ambil lagi 2 biji esok paginya

Betullah kata orang tua-tua, sakit datang umpama gajah, menderu-deru sakit, tapi bila mahu sihat ini, Allahu Rabbana, seperti semut yang membawa butir nasi untuk sampai ke sarangnya. Berdikit-dikit

6bulan saya consume ostematrix dan esp soy protein untuk menambah komposisi tulang. Bersenam ringan tiap pagi sebelum pergi sekolah

Sekarang, Dayang masih dalam proses penyembuhan dan alhamdulillah makin sihat dan mula cergas seperti sebelumnya. Walau tidak seperti dulu-dulu, tetapi Dayang tetap bersyukur dengan peluang yang diberi oleh Allah

Syukur Alhamdulillah

Banyak lagi ini mahu cerita, nanti Dayang sambung ya

Salam ukhuwah semua

3 comments:

  1. Wow... Syukur jumpa. Ostemateix kannnn..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga sentiasa sihat!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Follow Us @u.shine.im.queen