Assalamualaikum semua
Dikesempatan ini, Dayang nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin yang bakal menjelma esok
Petang ini, sudah pasti para ahli Falak mula melihat anak bulan
Rumah pun sudah sedia untuk terima tetamu, tapi dalam keriuhan orang sekeliling nak membuat persiapan akhir, hati Dayang rasa sayu sangat
Sudah setahun mak pergi menyahut panggilan Ilahi, rawan rasa hati. Hari yang sama, suasana yang sama.
Kalo ada mak, kecoh rumah suruh bangun, gantung langsir, suruh potong ayam, sediakan pinggan mangkuk
Aduh!!....Dayang sebak sangat kenangkan semua itu
Apa taknya, saban tahun Dayanglah yang menemani mak selepas pemergian ayah. Saat mengenang pemergian ayah, airmata pula sudah tidak dapat ditahan
Allahu Akbar....Semoga doa kami adik beradik tawasul hingga ke sisi Allah agar arwah mak arwah ayah ditempatkan di samping orang mukmin sekelian
Dayang rindu mereka
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAl Fatihah untuk yang telah tiada. Semoga mereka tenang di sana & semoga bertemu lagi di dalam syurga. amin.
ReplyDeleteAl fatihah
ReplyDeleteSelamat hari raya