Berguru kepalang ajar
Walau bukanlah cita cita sebenar sedari bangku sekolah, tapi Dayang terpanggil untuk menyandang jawatan ini selepas habis belajar
Jadi guru bukanlah suatu perkara yang susah, selagi ada ilmu didada, curahkan sahaja kepada mereka yang memerlukan agar menjadi ilmu yang bermanfaat
Yang menjadi persoalannya, mudahkan mendidik jiwa??
Sepanjang hampir 10 tahun penglibatan sebagai pendidik, banyak cabaran dan rintangan yang Dayang hadapi
Pernah satu ketika, Dayang ditempatkan untuk mengajar di salah satu Pusat Latihan dalam daerah Keningau, Sabah
Cabarannya, kena mengajar pelajar yang sebaya dengan kita, malah, ada yang lebih tua dari Dayang. Kira pangkat pakciklah
Bayangkan, masuk kelas tersebut, semuanya lelaki dan Dayang perlu mengajar mereka mengaji. Maka tiap pagi berbarislah mereka di sekeliling Dayang untuk tunggu giliran
Seram sejuk Dayang kalo nak tahu. Apa taknya, macam macam pertanyaan berkenaan pengalaman Dayang mengajar, mana lagi yang memasing bertanyakan status Dayang. Masa itu, masih muda belia lagi, dalam 28 rasanya
Tetapi pengalaman itu, Dayang jadikan sebagai cabaran diri untuk terus mendidik, mengajar dan menanamkan nilai menghormati guru kepada mereka
Alhamdulillah, kebanyakkan mereka adalah pegawai agama, tidak kurang juga sebagai guru, sama seperti Dayang
Syukur tidak terhingga
Moga ilmu yang pernah Dayang berikan dulu, jadi amalan mereka semua, dan biarlah mereka teruskan legasi murabbi kepada generasi akan datang
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Tanpa guru, siapalah kita kan?
ReplyDeleteKerana guru,jadilah kita yang sekarang. Kenal nombor,kenal ABC. Jasa guru tiada gantinya. Titipan doa untuk semua guru yang pernah mengajar.
ReplyDeletejadi guru memang besar jasanya..mendidik anak murid pelbagai ragam bukan mudah
ReplyDelete