Saturday 7 November 2020

ResV; kembalikan period setelah 6 bulan pkp

November 07, 2020 0 Comments

Masa mula² ResV diperkenalkan, bisik dalam hati "Sudah ada Vivix,  buat apa lagi beli ResV"



Then, masa pkp Mac lalu,  hormon betul² tak stabil.  Mungkin sebab my mind tak aktif sangat masa di rumah.  Rutin asyik berulang. Kan duduk di rumah sambil layan kelas online



Boring doh.... Pastu stress juga bila pdp yang biasanya penerangan dekat papan putih,  bila dengan hp... Sangat limited. Ruang lingkup hanya bergantung dengan talian internet yang kadangkala hilang dari radar hu hu



Dan ketika itu juga,  my period tidak datang hingga hampir 6bulan 😫



Seronok juga,  dapat fokus dengan ibadah.  Tapi emosi amat tidak teratur.  Kadang rasa sedih,  marah tetiba dan badan naik ruam



Lepas itu,  Tergerak hati nak beli ResV pulak.... Sebab tertarik dengan testimoni kawan² yg sudah konsume



Start makan bulan 9 haritu,  Alhamdulillah 1 Nov 2020 lepas Asar, darah keluar ketul²....sakit bahagian ari²....asyik nak baring sahaja.... Sejuk semacam hu hu



Tapi cuma 1½ hari sahaja.....gembira tidak kepalang hati



Ingatkan ai nak menopous dah hehe



And now,  still continueing makan tiap malam,  bersama vivix



Syukur tak terhingga,  gaiis!!


#coretantintamerah

Tuesday 19 May 2020

Khasiat Kalsium Shaklee yang anda perlu tahu

May 19, 2020 0 Comments

Hai semua, apa khabar? Assalamualaikum


Pernah rasa sakit gigi? Lenguh² kaki lepas jalan jauh? Cramp masa tidur? Itu maknanya uolls tengah alami lack of calcium atau kekurangan kalsium dalam badan

 

Hari ini, Dayang nak cerita sedikit tentang  Khasiat Kalsium Shaklee yang anda perlu tahu iaitu OSTEMATRIX yang paling disukai ramai. Ajoooms 😜




Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Yang uniknya, ia diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforusdan vitamin , zink, kuprum, manganes dan boron.

 

Nutrien nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral

 

Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

 

Apakah manfaat OSTEMATRIX kita?

 

Menguatkan tulang - Menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia ( ricket dewasa ), eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat

 

Memperbaiki kekejangan dan kebas kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas kebas, kekejangan, sakit sendi dan  artritis.

 

Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf - malah menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam

 

Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000gm kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil

 

◇   Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

 

Vitamin D - Didapati mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak kanak perlu mengambil vitamin D.

 




Sebiji Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam


Cubalah, dan anda akan alami sendiri perubahan yang boleh anda lihat setelah consume OSTEMATRIX pada waktu malam. Disarankan 3biji untuk intake sebelum tidur malam


Moga bermanfaat gaiis. Tata 😘



P/s - Dayang adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE  sejak 2017 lagi. Boleh sahaja guna id Dayang jika berminat hendak beli suplemen menggunakan no keahliaan Dayang. Halal yer 😍

 

 

 

Monday 18 May 2020

Kawal Resdung dengan SRVitaCPlus

May 18, 2020 0 Comments
Salam 25 Ramadan Gaiss!!!


Harini kita cerita set Anti Resdung yang memang tidak asing lagi dengan semua peminat tegar Shaklee


Berikut ada beberapa set yang perlu anda ketahui. Jom sekoding. Ajooom!!



Ini kawan sekerja Dayang. Umur dalam 50an but still maintain jelita kulit wajahnya dengan SRVitaCplus dan Oste


Akak sorang nie memang tidak miss beli dari tahun 2018 lagi


Dia kata, pernah makan vitamin C shaklee nie, ikut suaminya yang ada penyakit sinus


Sekarang ini, tiap kali habis vitaC pasti dia akan beli dengan Dayang


Kalo tak, confirm atchooo!! Atchooo!! tiap pagi kerana resdung dan pening kepala


Untuk pengetahuan semua, Sustained Release VitaC Plus ini memang baik untuk meredakan resdung dan elegik di waktu pagi


Ia membantu meningkatkan imunisasi badan melawan jangkitan. Tak percaya? Meh cuba kalo berani hi hi takdalaaa saja sakat korang semua


Ostematrix pulak, baik untuk lenguh² betis dan otot, melancarkan proses pencernaan dan sangat baik untuk tulang




Lelaki perempuan boleh consume tahu. Bukan perempuan sahaja nak kulit cantik


Uolls pun boleh bah....Apalagi tunggu. ajoooms beli dengan Dayang, sambil nikmati pagi anda tanpa bersin panjang


Boleh juga guna ID shaklee Dayang. Dayang adalah salah seorang PENGEDAR SHAKLEE SAH area Papar, Kinarut, Bongawan dan seluruh Sabah. Boleh saja dengan Dayang even jauh di Labuan. HQ yang tolong poskan. Anda cuma pilih vitamin yang anda nak, kemudian transfer duit dan Dayang tolong oderkan sekali


Kalo tak, klik di sini UNTUK ODER guna ID Dayang. Mudah kan 😜😜


Tata








Friday 15 May 2020

Daging pinang masak hitam

May 15, 2020 0 Comments
Salam 22Ramadan uolls


Harini Dayang nak share satu resepi yang memang antara yang wajib juga setiap pagi Syawal


DAGING PINANG MASAK KISMIS HITAM


Bahan²nya

200kg Daging pinang (bahagian paha)
4 Ulas Bawang Merah (ditumbuk)
5 Ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 Ulas Bawang Besar (ditumbuk)
1 Batang Serai (dititik)
3 Inci Halia (ditumbuk)
50gm Kismis Hitam
Rempah ratus (bunga lawang, buah keras, kulit kayu manis, cengkih) 
2 Biji Tomato (dipotong dadu)
2 Biji Lada Merah (dihiris halus)
2 Keping Asam Keping
2 Sudu Besar Rempah Kicap
2 Sudu Besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Kicap Manis
Garam Secukup Rasa
Minyak untuk menumis

Cara² memasaknya

1. Daging direbus terlebih dahulu selama 30minit. Kemudian dihiris halus. Ketepikan

2. Rempah ratus digoreng hingga naik bau. Kemudian, goreng bahan² yang ditumbuk tadi hingga naik bau lagi. Masukkan daging dan gaul rata

3. Letak kicap, sos tiram dan air supaya daging meresap semua bahan² tadi

4. Masukkan tomato dan asam keping tadi. Masak 30minit lagi

5. Dah siaaaap


Boleh dimakan dengan nasi putih atau roti. Sedaaaap. Cubalah


Selamat mencuba. Tata


Sunday 10 May 2020

Tsunami Sustained Release VitaC Plus kembali lagi

May 10, 2020 0 Comments
Assalamualaikum semua, apa khabar?


Dayang mahu bagitahu nie, stok Sustained Release Vita C Plus sudah ada di setiap branch. So, jangan lepaskan peluang tahu




Jadual tsunami vitaC


Yang menariknya, kena buat que dengan leader² yang sudah naik rank hu hu


Dayang taknak lepaskan peluang nie, lebih lebih lagi vitaC ini adalah antara item yang laku keras dekat HQ


WHY?


Lihat sahaja testimoni di bawah ini


Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Best ker tak best? Dayang juga peminat tegar VitaC ini. Di rumah mesti ada satu botol standby supaya tak terkejar² oder dengan jerung² ( leader ) berjaya dekat luar sana....kalo tidak, nangis buju tangga laaaa Dayang


Anda kalo mahu, boleh jer klik di sini untuk tempahan ya


Jangan risau, Dayang adalah salah seorang Shaklee Independent Distributor sejak 2017 lagi. Nak join jadi ahli pun boleh, klik di DAFTAR AHLI SHAKLEE ini sahaja. Banyak manfaat boleh kita kongsi



Sampai jumpa lagi. Tata

Saturday 9 May 2020

petua agar isi udang, ayam daging fresh

May 09, 2020 0 Comments
Hai semua, Assalamualaikum


Pagi ini, Dayang mahu kongsi satu tips agar udang, ayam daging masih segar fresh even kalo tak simpan dekat freezer




Petua ini dari arwah mak. Mak dulu seorang tukang masak kampung. Tiap kali ada kenduri kahwin, tak kesahlah orang muslim atau non-muslim, pasti aunty² saya panggil mak untuk masak gulai kahwin mereka


Memandangkan mak pun sudah lama bersara dari nurse gomen, jadi dia penuhi dengan disertai kawan²nya, geng² karas dia orang bilang


Malam sebelum masak menu kahwin, mereka akan sedia potong² semua bahan mentah seperti daging, ayam dan sayur mayur


Satu petua mak, bila potong semua bahan mentah, jangan dulu basuh dengan air. Ia akan merosakkan tekstur bahan² yang hendak dimasak. Malah akan menyerap air lebih lagi


Selepas semua dipotong, mak akan layur semua bahan mentah seperti udang ayam dan daging dengan gula. Peti ais sudah penuh dengan bahan lain, jadi....cara lain untuk elakkan bahan² mentah tadi tidak busuk, gula adalah sebagai ejen pembeku bahan² tersebut


Esok subuh, bila nak masak, buang sahaja baki air yang terkandung di bawah raga, dan bilaslah dengan air semula untuk digaul dengan rempah


Daging² tadi masih rasa fresh dan lebih juicy mak kata


Tapi bertahan selama 2malam lah, sebaik²nya lepas layur dengan gula itu, adalah lebih baik simpan dalam freezer yer


Begitulah petua mak. Mari kongsi dan praktik ramai². Mak pun dapat pahala juga


Tata

Friday 8 May 2020

Kebaikan vitamin B complex shaklee dari yang lainnya

May 08, 2020 0 Comments

Salam 16 puasa gaiiis!!! Assalamualaikum


Okey, harini, tertarik pulak mahu kupas cerita tentang bitamin B Complex


Ajoooms!!!


Para saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti


Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik


B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-komplex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna


Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system percernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-komplexs setiap hari.

 

Manfaat Utama B-Complex Shaklee

 

Menukar makanan kepada tenaga – bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan


Melawan tekanan – memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia


Membantu tumbesaran – menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang


Rambut beruban dan gugur – membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut


Baik untuk mata – mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus


Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migraine, muntah-muntah, mabuk darat atau laut


Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormone dan ubat tahan sakit


Mencegah perlcche – dikenali juda sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau


Detoksifikasi – meredakan alahan





Bitamin B Complex juga amat diperlukan oleh ibu² hamil setiap hari. Cubalah, dan anda pasti akan merasa kelainan


Tata






Thursday 7 May 2020

Tips Rezeki - Sedekah

May 07, 2020 0 Comments
Salam 16 Ramadan korangs, Assalamualaikum






Tepu sangat nak dapat idea tengah bulan mengambang ini, badan pun rasa sengal² jer, craving makan macam²



So, hari ini bagi tips mudah UNTUK MURAH REZEKI iaitu SEDEKAH



Power betul kuasa sedekah ni



Kalau rezeki kita tengah tersekat, buat apa pun asyik stuck, try la keluarkan sedekah. 



Sebab, rezeki ni kan, dia macam air yang mengalir. 



Bila tengah stuck, kena keluarkan sedekah supaya rezeki tu dapat mengalir semula dengan lebih mudah. 



Bila kita tengah stuck, tapi kita takut nak sedekah sebab kita pun cukup-cukup makan je, maka terus tersekat lah kita dengan keadaan itu


ولئن  شكرتم  لأزيدنكم  ولئن  كفرتم  إن  العذابي  لشديد



Seperti kata² Almarhum Alfadhil Ust Datuk Ismail Kamus "Dalam rezeki kita itu, ada hak orang lain. Bersedekahlah kerana rezeki yang di tangan tidak semestinya hak kita. Mungkin yang kita belanjakan, belum tentu sampai ke tenggorokan kita. Maka, sebarkanlah sedekah agar ia makin bertambah. Kerana sebenarnya, yang kita sedekahkan itu, itulah rezeki kita yang hakiki." Alfatihah buat tuan guru, di jumaat yang berkah, kau pergi tinggalkan kami



Dapat sesuatu? 😉
YES 👌



Tata


Wednesday 6 May 2020

Alfalfa Complex; Jamu Moden terbaik

May 06, 2020 0 Comments

Hai uolls, apakhabar semua? Assalamualaikum 😘


Waaah!! Tahniah semua, kita sudah sampai ke separuh Ramadan iaitu sudah 15 hari kita berpuasa


Patutlah semalam bulan SUPERMOON menyerlah sangat dekat langit. Meremang kita tatkala menatapnya megah besar membulat di ufuk barat subuh tadi


Okey, untuk entry hari ini, Dayang mahu kongsi Jamu Moden Shaklee yang tidak asing lagi, ALFALFA Complex


Nak tahu kenapa Dayang gelar ia begitu, ajoooms kita sekodeng

 

............


Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap nutrien dan mineral daripada tanah, manakala daunnya mengumpul klorogil yang banyak melalui proses fotosintesis


Alfalfa juga dikenali sebagai “ Raja Segala Tumbuhan”.

 

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

 

Manfaat Utama Alfalfa

 

1. Mencuci hati, darah dan usus – Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihlkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

 



2. Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.

 

3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

 



4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol – Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

 



5. Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

 

6. Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

 

7. Mencegah/merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan


Semua di atas adalah hasil daripada 100 orang yang melalui ujian klinikal ke atas suplemen tersebut


Dayang juga pengguna Alfalfa ini untuk cegah keputihan. Makan 8 biji malam dan siang, dalam masa dua hari, keputihan Dayang pun hilang. Alhamdulillah




Jom amal jamu moden ini. Manatau ada masalah yang sama di atas, jangan malu² ya untuk oder dengan Dayang




Dayang juga salah seorang Pengedar Sah Shaklee sejak 2017. Jom sihat, aktif bersama. Tata

Tuesday 5 May 2020

3 Tips Berjaya Dalam Temuduga

May 05, 2020 0 Comments
Hai semua, Assalamualaikum gaiss


Hari nie sudah masuk hari ke 13 Ramadan kan, so....biar harini Dayang ubah pulak isi entry blog Dayang


3 Tips Berjaya Dalam Temuduga




1. Bersedia


Penting bila kita hendak menghadiri apa² juga temuduga, tak kisahlah temuduga online atau walk in, kita kena bersedia dengan apa juga informasi tentang kerja yang kita nak apply itu.


Ini bermakna, kita betul² berminat hendak dapat kerja tersebut. Majikan pun tak teragak² untuk ambil kita bekerja tau


2. Komunikasi


Hah!! Ini juga diantara yang penting. Bukan setakat kita petah berbicara, tetapi kita perlu bersiap juga dari segi penampilan yang memungkinkan si majikan tertarik dengan penampilan kita


Harus diingatkan juga, warna baju juga memainkan peranan agar tidak terlalu "menyakitkan" mata majikan. Pilihan warna plain seperti kelabu, peach dan warna yang tidak menyerlah itu lebih baik


3. Kongsi keunikan anda


Ini juga bagi peluang besar juga pada si ditemuduga. Kongsikan keunikan kita kepada penemuduga, manatahu ada peranan besar kita yang jadi titiktolak kita perlu diambil sebagai pekerjanya


Sesetengah sektor, mereka lebih mementingkan kepakaran, pengalaman dan kemampuan seseorang itu, agar majikan tidak menyesal untuk mengambil kita bekerja


Semua ini, terpulang kepada kita untuk memperbaiki method  kita menghadiri temuduga


Semoga bermanfaat. Tata 😘

Monday 4 May 2020

Khasiat Ostematrix Buat Travel Jadi Mudah dan Gembira

May 04, 2020 0 Comments

Hai uolls, Assalamualaikum semua, sudah sahur


Sudah hari ke 11 kita berpuasa. Dan sudah hari yang ke 47 kita PKP di rumah, suku bulan sudah kita lepasi segala dugaan


Tak sabarnyeeeee nak travelling lagi. Rindu nak sightseeing negara orang


Pengalaman² sihat sambil travel memang menyeronokkan. Ini kerana 3 tahun saya suffer back injury kerana overdo kerja sekolah


Ini hah! Ada Dayang ceritakan tempat² menarik yang Dayang pergi pada tahun pertama survive dari sakit belakang. Ajomm, check it out 😁


...........

Sepanjang 4hari 5malam Dayang travel ke Guangzhou, rasa penat memang ada
.
Apa tidaknya, Guangzhou nie adalah syurga membeli - belah bagi seluruh warga manusia dari serata dunia
.
Lokasi mall juga jauh dari satu bandar ke satu bandar yang lain dan memakan masa sejam hendak ke sana sini
.
Antaranya Onelink - Mall barangan elektronik secondhand yang sangat best



.
Nantian - Pusat barangan dapur yang terbaik, murah murah hingga ke 150yuan pun ada



.

ZhangXilu - Barangan leather, jam, baju berjenama dan kasut yang boleh diborong dengan senang hati




.
Tempat ini umpama berada di Gaya Street. Deretan kedai dan gerai memang bikin rambang mata
.
Betul betul tempat tempat di atas memerlukan ketahanan kaki dan hati sahaja untuk memborong barang. Terjebak jugalah beli beberapa cenderakenangan  yang unik dan superbcute untuk buah tangan anak² buah hehehe
.
Dan dalam pada itu, ostematrix dan vitamin C amatlah yang diperlukan setiap pagi dan malam
.
Badan cergas tahu, minda cerdas, membuang tiap pagi pun lancar


Anda cubalah. Jangan risau, Dayang adalah salah seorang pengedar shaklee sah sejak tahun 2016




Siap ada nametag id berdaftar tahu. Kalo mahu join ahli pun boleh. Klik sahaja pada link di bawah ini

                          Klik di sini 👈




Isi butiran anda, dan submit lelaju. Bulan Mei ini, item best best tahu. Rugi tak jadi member



Nanti kita cerita pulak tentang travel seterusnya ya. Bitamin apa pulak Dayang sedia bawak kapal melancong hi hi. Tata

Sunday 3 May 2020

5 Sebab kenapa perlu minum air 8 gelas sehari

May 03, 2020 0 Comments

Hai uolls, Assalamualaikum gaiis, apa khabar?


Dengan cuaca panas ☀sekarang ini, perlu banyak minum air untuk memastikan badan tidak terhidrat dengan segera



Sekurang kurangnya minumlah air putih yang dimasak sebanyak 8gelas sehari



Nisbah keperluan air untuk berat badan minimum seperti 25kg bersamaan 1liter air



Berikut merupakan 5 jawapan kenapa kita perlu minum air banyak



👍Untuk membantu mengurangkan berat badan optimum. Patutlah sesetengah orang suka pergi gym dan bersenam sebolehnya untuk menurunkan berat badan. Makin banyak bersenam, makin banyak air yang diperlukan untuk tubuh mereka💪



👍Bagi mereka yang bekerja di lapangan atau sebagai buruh, mereka lebih memerlukan air untuk meningkatkan  tenaga dan melegakan keletihan. Ini kerana, air memberikan sumber oksigen untuk tubuh agar lebih cergas ⚽



👍Ingin kulit cantik, amalkan minum 3liter sehari untuk detox semulajadi kulit. So, taklah kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya, tak gitu?👸



👍Air juga membantu membuang toksin dari badan melalui bahan kumuh dan peluh. Bukankah bila kita berpeluh, rasa segar sahaja badan. Itu bermakna toksin dapat disingkirkan dengan alami 



👍Jika sering sakit kepala, cuba minum sebanyak yang boleh air sebagai penawar sakit kepala semulajadi. Ia memberikan bekalan oksigen lebih ke otak akibat letih dan kurang bersenam 💆



Cubalah kekalkan minum air 3liter setiap hari
.
Nanti Dayang share pula apakah khasiat khasiat lain minum air ini ya 😊✌



Dayang
Lebih suka minum air masak berbanding manisan, ok apa 😜


Tata

Friday 1 May 2020

Cara Mudah Bayar Zakat guna SnapNPay

May 01, 2020 2 Comments
Salam 8 Ramadan gaiss. Assalamualaikum



Okey, hari ini, Dayang nak share Cara Mudah Bayar Zakat melalui SnapNPay, tapi sebelum itu, apakata korang donlod terlebih dahulu aplikasi SnapnPay ini dekat henfon. Baru mudah nak ikuti step by step Dayang nak ajar ini


Macam ini aplikasi yang itu. Nanti adalah beberapa syarat dia bagi, masukkan emel korang tahu

Tekan dekat zakat fitrah itu, nanti dia akan keluar macam ini. Semua benda ada. Nak sedekah nak bayar ptptn bagi sumbangan dekat PIBG, semuanya ada. Tinggal korang klik sahaja

Dayang kan orang Sabah, so...klik dekat MUIS. Kalo korang negeri lain, klik pada tempatnya. Takkan nak klik Sabah juga kan he he

Nanti dia akan keluar ini lagi. Isi butiran korang dan boleh pilih jumlah bayaran yang dikehendaki



Membayar zakat adalah wajib bagi semua muslimin mukallaf. Dayang sudah tunaikan zakat pada Ramadan ketiga lagi. Takpa awal², manatahu ada benda lain nak buat kan seperti sedekah kah apa kah. PKP kita pun belum berpenghujung lagi. Selamat menjalani ibadah puasa dan jom bayar zakat reramai. Tata

Thursday 30 April 2020

KHASIAT GLA Complex Shaklee berbanding pil hormon yang lain

April 30, 2020 0 Comments

Perbezaan Shaklee


Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) yang tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO


Borage juga adalah 3 kali ganda dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EP. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic di kawasan Saskachetwan



Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6


Ianya digabungkan bersama bersama minyak bunga matahari dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan kerberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan


Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

 

Sumber Asli GLA Complex :

Borage seed - 17% - 25%

Blackcurrant - 15% - 20%

EPO - 7% - 10%

 



Manfaat Utama


Herba tradisi yang dipercayai


Borage ialah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

 

Mengawalselia estrogen dan testosterone


GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simtom PMS seperti kesakitan, perubahan emosi, retensi air dan kesakitan pda bahagian payudara.

 

Melambatkan menopaus


Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan dipresi


Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan membuatkan kulit kelihatan lebih muda.

 

Memperbaiki prostatomegaly


GLA memperbaiki prostat lelaki dan masalah kerap kencing

 

Menentang kanser


GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan system imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

 

Memperbaiki Inflamasi Kulit


Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, dan kurap


Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism dan atritis.

 

Mengurangkan komplikasi diabetis


Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua


Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

 

Pelangsingan dan Menghalang Berat Badan Bertambah


Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik


Ambil semasa perut kosong untuk keasidan yang hiper

 

Menghalang Tekanan Darah


Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah dan memperbaiki tekanan darah tinggi


Mengelak masalah kesihatan jantung seperti arteriosclerosis dan myocardial infarction


Memperbaiki Tekstur Rambut


Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

 

Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)


Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA dan minyak ikan memperbaiki keadaan kanak kanak autism, sukar memberi tumpuan dalam pembelajaran dan hiperaktif



 

Cadangan :


Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (lepas makan)


Untuk menopaus, pelangsingan, dan hiperaktif : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan)

 

GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita


Ramai orang salah anggap bahawa GLA hanya untuk wanita. Sebenarnya, suplemen GLA adalah sama penting sepertio asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan hanya didapati daripada pemakanan


GLA sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, golongan menopaus dan andrapaus juga (menopaus bagi lelaki)


Harga Non-Member rm91.25

Kalo member pulak rm73.00

Best kan kalo jadi ahli?


Cubalah, anda akan rasa perubahannya pada tubuh badan anda. Tata


NEXT 

Wednesday 29 April 2020

Luka Bersalin Cepat Sembuh dengan VIVIX

April 29, 2020 0 Comments
Buat apa tue ibu² semua? Tengah sediakan juadah berbuka? Hi hi


Hai!! Assalamualaikum uolls


Harini, otak rasa tepu pulak nak tulis entry blog Dayang. But....Dayang terpanggil mahu paste beberapa TESTIMONI² LUKA BERSALIN SEGERA SEMBUH dengan Minuman Botanikal Terbaharu iaitu VIVIX


Testimoni 1


Testimoni 2



Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni² di atas daripada pengalaman² pengguna yang menggunakan sirap botanikal Vivik untuk kesihatan dalam mereka





Tak salah mencuba, bukan? Andai itu untuk kesihatan dalam dan luaran kita



Jika anda berminat, boleh saja klik pada link di bawah oder ya

   👉       https://bit.ly/3f6hJSm       👈

Salam 6Ramadan semua. Tata


Monday 27 April 2020

Kerepek peria garing spicy homade

April 27, 2020 0 Comments
Hai korang... Apa khabar? Assalamualaikum semua



Hari ini, Dayang nak kongsi pulak resepi mudah, sedap banget tahu, Kerepek Peria Garing Spicy Homade


Boleh buat kudap²an sekeluarga sambil minum moreh


Jom kita sekodeng bahan²nya



Bahan² nya


2 biji peria ( dibelah dua, buang biji dan cuci bersih )
1 biji telur
200gm tepung goreng spicy
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng



Cara memasaknya


Hiris halus peria tadi kemudian ramas dengan garam untuk menghilangkan rasa pahit buah tadi serta singkirkan lebihan air dari buah


Kemudian pecahkan telur di atasnya, gaul rata


Adukkan adunan peria tadi dengan tepung goreng spicy. Biarkan sebentar hingga adunan tadi berair. Buang airnya kembali serta gaul kembali dengan tepung goreng spicy sekali lagi


Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng hingga keemasan. Siaaaap. Tapi jangan makan dulu tau hehe tunggu berbuka




Selamat mencuba. Tata

Follow Us @u.shine.im.queen