Thursday 30 April 2020

KHASIAT GLA Complex Shaklee berbanding pil hormon yang lain

April 30, 2020 0 Comments

Perbezaan Shaklee


Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) yang tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO


Borage juga adalah 3 kali ganda dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EP. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic di kawasan Saskachetwan



Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6


Ianya digabungkan bersama bersama minyak bunga matahari dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan kerberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan


Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

 

Sumber Asli GLA Complex :

Borage seed - 17% - 25%

Blackcurrant - 15% - 20%

EPO - 7% - 10%

 



Manfaat Utama


Herba tradisi yang dipercayai


Borage ialah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

 

Mengawalselia estrogen dan testosterone


GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simtom PMS seperti kesakitan, perubahan emosi, retensi air dan kesakitan pda bahagian payudara.

 

Melambatkan menopaus


Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan dipresi


Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan membuatkan kulit kelihatan lebih muda.

 

Memperbaiki prostatomegaly


GLA memperbaiki prostat lelaki dan masalah kerap kencing

 

Menentang kanser


GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan system imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

 

Memperbaiki Inflamasi Kulit


Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, dan kurap


Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism dan atritis.

 

Mengurangkan komplikasi diabetis


Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua


Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

 

Pelangsingan dan Menghalang Berat Badan Bertambah


Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik


Ambil semasa perut kosong untuk keasidan yang hiper

 

Menghalang Tekanan Darah


Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah dan memperbaiki tekanan darah tinggi


Mengelak masalah kesihatan jantung seperti arteriosclerosis dan myocardial infarction


Memperbaiki Tekstur Rambut


Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

 

Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)


Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA dan minyak ikan memperbaiki keadaan kanak kanak autism, sukar memberi tumpuan dalam pembelajaran dan hiperaktif



 

Cadangan :


Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (lepas makan)


Untuk menopaus, pelangsingan, dan hiperaktif : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan)

 

GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita


Ramai orang salah anggap bahawa GLA hanya untuk wanita. Sebenarnya, suplemen GLA adalah sama penting sepertio asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan hanya didapati daripada pemakanan


GLA sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, golongan menopaus dan andrapaus juga (menopaus bagi lelaki)


Harga Non-Member rm91.25

Kalo member pulak rm73.00

Best kan kalo jadi ahli?


Cubalah, anda akan rasa perubahannya pada tubuh badan anda. Tata


NEXT 

Wednesday 29 April 2020

Luka Bersalin Cepat Sembuh dengan VIVIX

April 29, 2020 0 Comments
Buat apa tue ibu² semua? Tengah sediakan juadah berbuka? Hi hi


Hai!! Assalamualaikum uolls


Harini, otak rasa tepu pulak nak tulis entry blog Dayang. But....Dayang terpanggil mahu paste beberapa TESTIMONI² LUKA BERSALIN SEGERA SEMBUH dengan Minuman Botanikal Terbaharu iaitu VIVIX


Testimoni 1


Testimoni 2



Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni² di atas daripada pengalaman² pengguna yang menggunakan sirap botanikal Vivik untuk kesihatan dalam mereka





Tak salah mencuba, bukan? Andai itu untuk kesihatan dalam dan luaran kita



Jika anda berminat, boleh saja klik pada link di bawah oder ya

   ðŸ‘‰       https://bit.ly/3f6hJSm       ðŸ‘ˆ

Salam 6Ramadan semua. Tata


Monday 27 April 2020

Kerepek peria garing spicy homade

April 27, 2020 0 Comments
Hai korang... Apa khabar? Assalamualaikum semua



Hari ini, Dayang nak kongsi pulak resepi mudah, sedap banget tahu, Kerepek Peria Garing Spicy Homade


Boleh buat kudap²an sekeluarga sambil minum moreh


Jom kita sekodeng bahan²nya



Bahan² nya


2 biji peria ( dibelah dua, buang biji dan cuci bersih )
1 biji telur
200gm tepung goreng spicy
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng



Cara memasaknya


Hiris halus peria tadi kemudian ramas dengan garam untuk menghilangkan rasa pahit buah tadi serta singkirkan lebihan air dari buah


Kemudian pecahkan telur di atasnya, gaul rata


Adukkan adunan peria tadi dengan tepung goreng spicy. Biarkan sebentar hingga adunan tadi berair. Buang airnya kembali serta gaul kembali dengan tepung goreng spicy sekali lagi


Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng hingga keemasan. Siaaaap. Tapi jangan makan dulu tau hehe tunggu berbuka




Selamat mencuba. Tata

Sunday 26 April 2020

Ayam Goreng Balado kedayan stail; Penambat selera ketika berbuka

April 26, 2020 0 Comments
Memandangkan semalam punya menu langsung tak snap pun satu² , takpa kita teruskan sahaja kepada resepinya; AYAM GORENG BALADO kedayan stail




Saja bagi nama gempak sikit sebabnya suami kita nie orang Kedayan, suka masak tahu he he 



Bahan² nya



500gm kepak ayam
*100gm cili merah
*7 biji cili padi
1 ulas serai
*4 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*3inci halia
*1 camca serbuj kunyit
2 helai daun limau purut
1 biji tomato
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis




Cara² memasaknya



Bersihkan ayam kemudian perap dengan garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng. Panaskan minyak lepastu goreng ayam tadi dengan api sederhana


Kemudian, bahan² yang bertanda * tadi, Dayang blend kasar supaya bila makan nanti, masih ada granul yang besar² dari bawang dan cili hhmmm tak sabar


Eh? Ayam tadi jangan dilupa ya, sambil² blend, balik²kan ayam tadi. Jangan balikkan kuali yeer hehe


Settle ayam, ketepikan. Bahan yang kita blend tadi, kita tumis pulak dengan 4 sudu minyak. Takpayah banyak sangat, yang penting, bahan² tadi masak serata dan aromanya menusuk ke hidung. Huk huk terbatuk² suami sebelah masa goreng cili tadi


Jika sudah naik bau, nampak dah masak bahan cili kita, masukkan tomato yang telah dihiris besar². Tomata jangan masuk awal nanti cili kita berkuah, paling last tomat masuk sebelum ayam sebab cepat layu


Sudah sebati semua, bolehlah masukkan ayam dan gaul rata dalam 5 minit sebelum dihidangkan


Hiaskan dengan cili potong. Dah siap untuk juadah berbuka. Menu ini tak pedas sangat. Sedang sedang. Anak² buah Dayang suka makan sampai bertambah² nasi



Selamat mencuba. Tata




Saturday 25 April 2020

3 sebab jerawat dekat muka

April 25, 2020 0 Comments
Hai semua, apa khabar? Assalamualaikum


Ramadan kedua sudah uolls, menu apa petang nanti he he awal lagi lah ngeeee



Entri hari ini, 3 sebab utama kenapa jerawat mudah singgah dekat muka kita




Bagi Dayang, jerawat kalo sudah singgah di muka, memang ai isytihar perang tahu. Jejari tak kan berhenti nak picit hu hu



Mahu tahu kenapa 'mereka²' ini mudah lekat di wajah kita?



1. Tak bersihkan muka dari bahan kosmetik



Kebanyakkan bahan kosmetik mengandungi merkuri yang berbahaya



Ini boleh menyebabkan jerawat serta jeragat mudah tumbuh dengan cepat jika tidak dibersihkan dengan segera😶



Senang saja, biasakan beli tisu basah dalam beg untuk kegunaan segera ketika malas hendak pergi cuci muka. Kan mudah



2. Stress / tekanan kerja



Bertenang. Susun perkara yang hendak diselesaikan segera dengan tidak penting dikemudiankan. Jangan bertangguh



Sikap suka melambakkan kerja dan melambat-lambatkan pasti akan cepat marah dan stress jika diarahkan untuk segera siap😠



3. Tidur lewat malam



Hormon akan mudah terganggu jika kerap tidur lewat malam. Selesaikan semua perkara yang penting di waktu lepas solat maghrib seperti basuh pinggan dan basuh kain



Kadang terlalu lama menghadap komputer atau skrin hp juga buat mata makin sukar untuk lelap😴



Set minda, jam 10pm mesti tidur. Kecualilah mak mak yang masih layan baby yang dah terjaga lewat malam. Itu tak dapatlah #cikgu comel nak bantu 😧



Apapun, jom sama sama kita cuba untuk hindari perihal di atas



Kulit cantik semua orang suka tau ❤



Antara suplemen yang paling digemari bagi peminat tegar produk #shaklee, Sustained Release VitaC Plus




Produk skincare YOUTH ini mulai disukai, dan mendapat tempat dihati Dayang sejak 2018. Sesuai untuk semua jenis kulit dan jika ambil pek starter nie, jimat penggunaannya



ESP soyprotein ini, membantu menganjalkan kulit serta mencerahkan. Malah boleh diambil sebagai sarapan dan sebelum tidur. Sesuai untuk semua peringkat usia



Dayang sudah guna dan dapat hasilnya. Anda bila lagi? Sesuai sangatlah ketika pkp diamalkan tahu. Bila sudah bebas pergerakan, wajah gojes hati pun senang kan



Kalo nak, boleh saja guna id no Dayang. Boleh dapat harga ahli kheeeeeen

Friday 24 April 2020

TINGKATKAN IMUN BADAN melawan jangkitan penyakit

April 24, 2020 0 Comments
Hai semua, apa khabar?



Entri kali ini, Dayang mahu cerita tentang 3 suplemen boleh diambil untuk meningkatkan imun badan melawan penyakit berjangkit



Jom baca informasi berguna di bawah ini. Ajoooms...!!


1. Nutriferon

Mengandungi campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Ramuan proprietari berasaskan ekstrak tumbuh - tumbuhan semula jadi ini dihasilkan daripada biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun. Ia hanya didapati secara eksklusif melalui Shaklee sahaja tahu


Nutriferon terdiri daripada gabungan fitonutrien, mineral dan ekstrak tumbuh - tumbuhan




Satu - satunya suplemen yang dicipta oleh penemu interferon - Dr. Yasuhiko Kojima  selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikan


2. Sustained Release VitaC Plus

Sustained Release VitaC Plus menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh



Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, intergriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya


Minuman ini, khas dari shaklee  telah membantu ramai atlet bertaraf dunia memenangi lebih daripada 100 pingat emas, perak dan gangsa di kejohanan sukan - sukan musim panas dan sejuk dunia




Ini kerana OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan. Ia membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan serta terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajib



Secara keseluruhannya, suplemen ini adalah juga antara suplemen yang sering habis terjual di shaklee kerana keberkesanan kepada para penggemar makanan tambahan




Boleh klik link ini untuk Pesakit covid19 sembuh dengan shaklee



Semoga bertemu kembali pada entri seterusnya. Tata



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



#ikhtiarkekalsihat
#sidshakleesince2016
#pengedarshakleekualapapar
#pengedarshakleepapar
#pengedarshakleekinarut








Thursday 23 April 2020

Pesakit Covid19 berjaya sembuh dengan suplemen shaklee; ikuti cerita benar ini

April 23, 2020 0 Comments
Assalamualaikum semua, apa khabar?


Tak lama lagi, kita akan melalui bulan Ramadan alMubarak dalam pkp ini


Rasa janggal pula kan?


Tapi, itu bukan sebab kenapa Dayang nak post entri hari ini. Ini ada lagi yang recently berlaku pada seorang pesakit COVID19 yang berjaya sembuh dengan ikhtiar suplemen shaklee


Anda boleh klik pada link fb di bawah untuk mendapatkan cerita sebenar pengalaman beliau sepanjang melawan virus covid tersebut

https://bit.ly/34UpGoV

Jom sama² kongsi kebaikan dan sebarkan kebahagiaan. Tata

Wednesday 22 April 2020

Resepi Nasi Lemak Sambal Bilis Kacang ala McD

April 22, 2020 2 Comments
Hai² semua!! Apa khabar? Assalamualaikum dan selamat pagi selasa uolls



Harini, kitorang lakibini terlalu rajin sangat. Minggu ini sahaja, dua juadah sarapan pagi ala mamak dan McDonald kata hubby siap sedia dihidangkan atas meja



Entah apa yang merasuki hidup ku ha ha mesti tengah nyanyi tue kan



Yang pastinya, menu kami sangat simple dan pasti menambat selesa suami dan keluarga, cheeewah!! Ada² sahaja lah



Okey, ajooms!! Lah kita sekodeng bahan2 yang mudah itu di bawah ini. Check it ouut!!



Bahan² nya

200gm kacang tanah ( goreng dengan minyak sikit, kendian tumbuk. Saja Dayang tak buka kulit supaya aroma kacang itu menerawang kat dalam dapur, gittew )

100gm bilis mata biru ( jenis ini memang sangat best untuk nasi lemak, halus sikit  dan berkualiti, AA premium uolls. Bilis ini, Dayang blend sekali pusing jer untuk bikin campur lada kering nanti )

*100gm lada kering ( Dayang buang biji, kemudian masak hingga lembut. Lepastu, blend halus² supaya taklaaa nanti terselit kat celah gigi. Penting tu gaiis )

*Seulas bawang holand
*2ulas bawang merah
*3inci halia
*Garam secukup rasa
*Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Santan untuk nasi


Untuk hiasan

3 biji Telur rebus
Kacang yang telah digoreng
Bilis ikut suka
Timun ikut suka


Cara² nya


Bahan² yang bertanda * tadi, dayang blend siap² kemudian tumis hingga naik minyak dan garing. Boleh letak air sedikit supaya tidak terlalu pekat kuah ataupun tambah minyak untuk lebih aroma. Gaul hingga semuanya sebati dan jangan lupa yee tambah garam gula untuk perasa


Beras Dayang cuci dan tanak setengah masak, kemudian baru masukkan santan kotak ( Ini dayang guna seri aji sebab teksturnya lebih pekat dan sedap ). Gaul bagi rata nasi dan santan serta biarkan 5minit supaya betul² masak nasi tadi


Taaadaaaa, selera tak korang? Nasi lemak bersambal bilis kacang gaiiiss



Sorry lah, tak pandai nak tangkap gambar sangat, lapar bah sudah. Yang empunya tangan itu, tak sabar mahu kaut nasi kerana aroma nasi itu mengoda kau hu hu



Dah tambah lemak kalori segala, jom pulak hadap omega shaklee untuk bantu singkirkan kolestrol jahat pulak kan hehehe



Selamat mencuba, tata

Tuesday 21 April 2020

Resepi Makmur guna 4 bahan sahaja

April 21, 2020 0 Comments
Alhamdulillah, bertemu lagi kita kan. Assalamualaikum




Posting kali ini, kita santai2 saja bha kan hihi




Okey, oleh kerana tak lama lagi bulan Ramadan, tekak Dayang terasa sangat  mahu makan kuih raya, even Syaaban pun belum habis heee




Craving sangat pagi tadi, terus buat snowball makmur yang bishe² sahaja ini




Bahan²nya

400gm tepung gandum ( Dayang guna cap lili refines flour )
3 sudu besar gula ( Ini hanya untuk salutan luar sahaja )
4 sudu besar Marjerin ( mahu guna minyak sapi pun boleh )
3gm Kacang Tanah ( disangai dengan sedikit minyak hingga garing kemudian ditumbuk )
3 sudu besar Nestum 



Cara² membuat



Tepung tadi, Dayang ayak terlebih dahulu, kemudian jemur 30 minit di bawah matahari untuk dapatkan tekstur yang ringan. Kacang tanah ditumbuk halus sedikit. Dayang tak suka blend, sebab bila makan tak terasa crunchy pada makmur tersebut.


Selepas itu, aduk bahan² tadi bersama marjerin dan nestum dalam mangkuk. Ramas sehingga menjadi doh agar mudah dibentuk bulat². Mahu gentel pun ada cara tahu he he




Setelah selesai digentel bulat, susun dalam bekas pembakar, dan masak selama 20minit dengan suhu 170° celsius




Gula diblend halus dan sedia untuk disalut pada snowball makmur tadi


Taraaaa

Sweet snowball makmur sudah ready untuk di ngap. Selamat mencuba ya. Tata

Monday 20 April 2020

UBAH SUPLEMEN ANDA, UBAH HIDUP ANDA

April 20, 2020 0 Comments
Hai hai semua, apa khabar?



Pepagi ini, rasa tak lengkap jika tak post apa² entri dalam blog. Sudah namanya sebati dengan blogging dalam biznes, makanya sehari tak post rasa kosong pula penceritaan harian




Ok hari ini Dayang nak uolls ubah mindset semua dengan  UBAH SUPLEMEN ANDA, UBAH HIDUP ANDA; SHAKLEE ADA SEMUA YANG ANDA MAHU



Kenapa? Perlukah? Bila masa perlu ubah? Berkesankah? Selamatkah?




KENAPA?


Kerana, setiap hari tubuh diserang oleh tekanan, pengambilan makanan yang tidak sihat, pencemaran dan kelesuan yang sentiasa menyerang sistem imun tubuh. Jika tidak ada perlindungan dalaman, bagaimana untuk meneruskan kehidupan seharian yang lebih baik, kan?




PERLUKAH? BILA MASA PERLU UBAH?




Kajian pakar menunjukkan bahawa nilai kesihatan diri adalah penentu tahap kesihatan masa hadapan yang sangat baik. Sesungguhnya, kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Uolls hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya sebagai sesuatu yang indah. Jadi, orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat



Nutrisi Shaklee telah membantu jutaan insan mencipta kehidupan yang lebih sihat selama lebih daripada 57 tahun. Ini adalah fakta yer gaaiss




BERKESANKAH?




Okey, ini triger sikit, sebab Dayang kena terangkan satu² keberkesanan dan manfaat yang telah terbukti daripada penggunaan produk shaklee




Tahap Trigliserida - 33% lebih rendah

Lemak ini boleh meresap ke dalam salur Darah. Tahap trigliserida yang rendah dapat meningkatkan kesihatan jantung



Tahap Homosisteina - 36% lebih rendah

Homosisteina adalah asid amino yang dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Tahap homosisteina yang rendah dalam darah menggalakkan kesihatan jantung yang optima



Nisbah jumlah kolestrol kepada kolestrol HDL - 11% Lebih rendah

Kolestrol HDL membantu menyingkirkan kolestrol 'jahat' dalam darah. Nisbah jumlah kolestrol HDL yang rendah membantu kesihatan jantung



Tahap protein C - reaktif - 59% lebih rendah

Protein C - reaktif ( CRP ) terkandung dalam darah dan berfungsi untuk mengukur tindak balas tubuh terhadap tekanan biologi. Tahap protein C - reaktif yang rendah membantu meningkatkan kesihatan jantung



Jadi tidak hairanlah apabila didapati bahawa 8 daripada 10 orang pengguna shaklee dalam Kajian Penting menyatakan, secara keseluruhannya tahap kesihatan mereka meningkat daripada 'baik' kepada 'sangat baik'




Itu sahaja penjelasan Dayang pada entri ini. Kalo nak info selanjutnya, boleh klik pada link seterusnya ya














Sunday 19 April 2020

Raja Anti Serangga guna bahan Organik

April 19, 2020 2 Comments
Salam subuh uolls, sudah kamu solat kan? Jom kita cerita sikit tentang RAJA ANTI SERANGGA yang Dayang guna untuk berkebun



Kalo yang ada di pasaran ini, selalunya bahan kimia dalam 70%. Tetapi yang ini, semuanya dari bahan organik yang terdiri dari bahan yang ada dekat sekitar rumah kita




Ini dia Raja Anti Serangga produk tempatan keluaran dari seorang usahawa yang memang terkenal di Sabah, Tuan Noraddin Che Muda yang berasal dari Kelantan dan sekarang menetap di Sabah





Antara serangga yang boleh dibasmi oleh Raja Anti Serangga




Dan yang pastinya, produk kami adalah BUATAN MALAYSIA. Best kah tak best?



Jom support produk Malaysia, gaaiss!! Kata produk kita hasil kita. So apa tunggu lagi, kontek Dayang sekarang




Tata

Saturday 18 April 2020

3 TIPS MENABUNG SAAT PKP

April 18, 2020 0 Comments
Assalamualaikum uolls, apa khabar semua?




Hari ini, Dayang nak cerita sikit tentang 3 tips menabung ketika pkp ini




Bagaimana caranya?





1. Sedia tabung untuk setiap keperluan


Dayang akan sediakan tabung yang perbagai saiz dan kegunaan. Tabung harian, tabung syiling dan tabung duit kertas. Tabung harian maksudnya duit yang diletak akan digunakan hari²


Tabung syiling pula untuk lebihan duit pembelian barang, jika ada syiling maka letaklah di dalam tabung tersebut. Manakala tabung wang kertas khas untuk duit simpanan sementara yang akan disimpan di bank

Setakat ini, sudah 1k yang sudah Dayang simpan dalam ASB dan Agro untuk simpanan tetap duit kertas



2. Listing barang keperluan



Cara begini sangat sesuai untuk mengurangkan terlebih bajet dalam berbelanja ketika pkp ini. Beras, gula, garam, minyak, kopi dan makanan tin adalah antara yang terpenting dalam perbelanjaan Dayang setiap kali ke supermarket. Namun tidak menjadi hal jika ingin membeli barang yang lain. Ini hanya kebiasaan Dayang dalam berbelanja




3. Melangsaikan hutang




Hutang adalah wajib dibayar. Ia akan menjadi satu amanah yang akan ditanya di akhirat kelak. So, jelaskan hutang terlebih dahulu sebelum berbelanja dan menyimpan



Mudah kan cara Dayang. Amalan arwah ibu Dayang dari muda, dan sekarang menjadi ikutan Dayang



Moga menjadi amalan anda juga yer. Jomlah kongsi di ruangan komen andai ada cara yang lain untuk menabung semasa pkp ini. Ajooooms!! Tata




Lovey,
Dayang yang comel

Friday 17 April 2020

UDANG MASAK KAMNYEONG PETOLA

April 17, 2020 0 Comments
Assalamualaikim semua, sudah makan tengahari?
.
Dayang, as usual masak biashe² sahaja tengahari ini, but bolehlah menambah sepinggan dua si suami hehe
.
Okey, menu tengahari Dayang, udang masak kamnyeong dengan petola. Hhmmmm sedap habaq hang he he
.
Bahan bahannya


100gm Udang yang telah dibersihkan
1 ulas bawang besar*
3 inci halia*
1 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
5 biji cili padi
200liter air masak
3 sudu minyak masak
Garam secubit rasa
3 biji asam jawa kering
200gm tauhu kering
2 batang petola yang telah dikikis kulit dan dihiris nipis



.
Semua bahan² yang bertanda *, Dayang hiris halus. Kemudian tumis bahan² tadi dengan api sederhana




Bila sudah naik bau, masukkan tauhu kering yang telah dibasuh. Gaul rata




Masukkan air. Didihkan hingga tauhu kering tadi empuk dan ringan




Bila sudah menggelegak, masukkan udang dan sayur petola yang telah dihiris




Biarkan dalam 2minit. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama ambuyat dan nasi panas




Tetiba hubby nak makan dengan ambuyat. Okey, layaaaanzz




Mudahkan. Jangan lupa masukkan garam dan cili padi untuk rasa lebih terangkat





Masak dari hati. Masak with Iman ya. Tata

Follow Us @u.shine.im.queen