Thursday, 8 June 2017

KULIT SIHAT DAN CANTIK

Hai semua....Selamat bersiaran kembali

Terasa seronok pula bila ada idea nak tulis entry

Sebelum Raya nanti, nak tak Dayang kongsi tips untuk berwajah molek-molek cantik seiring dengan baju raya yang vogue lagi gemerlapan hehehe

Kalo nak, jom sekodeng sekejap apa rahsia Dayang tampil comel selama ini, bukan nak kata bangga diri tahu, tapi sharing sesuatu yang berguna untuk rakan-rakan blogger juga kan sedekah

Jom jom

************** *************

1. KULIT TIDAK BERMAYA
Dayang bukanlah seorang yang suka bermekap. Tiap kali keluar rumah, bedak alas dan lipsbalm akan jadi dandanan sebelum kemana-mana, kadang langsung tak apply apa-apa. Makin lama, kulit jadi kurang bermaya dan kering. 

Semenjak itu, Dayang cuba mencari sesuatu yang boleh buat kulit lebih moist dan nampak berseri gebu cerah sekata andai tidak pakai apa-apa mekap atau losyen badan.

Pilihan Dayang, 2sudu ESP Soy Protein, letak dalam shaker, goncang, minum. Sedap sampai tiap kali bangun pagi selepas sarapan memang akan pekena ESP ini. Kulit bersih cerah sekata, malah berat pun makin bertambah. Seronoknya

2. BERMINYAK
Kulit muka Dayang sangatlah mudah nak urus. Tapi bila selalu lewat tidur dan stress dengan kerja sekolah, Kulit akan mula naik jerawat pasir dan berminyak

Kali ini, Sustained Released Vitamin C Plus jadi pilihan Dayang. 2biji hadam sebelum ke sekolah memang buat Dayang tenang menghadapi karenah pelajar dan sukatan pelajaran. Jerawat pun mulai kecut dan yang pastinya, kulit lembab bersahaja.

Seringkali juga pelajar tegur, " ustazah nampak cantik hari ini " " ustazah pakai apa comel sangat nie " dan seumpamanya. Mahu tarik perhatian pelajar, gurunya kena cantik molek kan, baru ilmunya sampai

3. Demam panas dan selsema
Pernah sekali itu, Dayang demam lepas balik dari KL. Telinga berdesing sakit dan rasa macam mahu pitam. Mulanya,  Dayang telan ubat tahan sakit. Kira manatahu boleh reda keesokannya.

Alhamdulillah, demam kebah juga cuma ada hingus dan kahak. Ambil 2biji Vit C siang, 2biji lagi malam. Hari selepasnya, hingus dan kahak hilang. Dayang selitkan juga 1sudu teh Vivix agar lebih bertenaga sepanjang hari.

Memang kesan Vit C dan Vivix amat serasi bersama Dayang

♡♡♡♡♡♡♡♡☆♡♡♡♡♡♡♡☆♡♡♡♡♡♡♡

Nak dikatakan semua diatas adalah pengalaman yang Dayang hadapi selepas menggunakan produk Shaklee

Ada beberapa artikel yang akan Dayang linkkan nanti untuk bacaan pembaca semua

Agar berguna pada mereka yang mahu cantik molek sihat cergas semasa menyambut lebaran nanti. Salam 10 ramadan dari Dayang

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen