Sunday, 11 June 2017

BILA TRAVEL MESTI MAHU RAMAI

Hai semua

Kali ini entry, Dayang nak sharing masa travel ke Ranau bersama keluarga

Bila bersama keluarga nie, macam-macam karenah terjadi. ada yang berkali-kali nak ke tandas dek kesejukan, mana lagi yang malar mencari kedai runcit nak beli rokok tak jumpa, merengek lapar sepanjang perjalanan. Adooooi!! korang nie kan, geram ai

Plan dengan mereka memang sudah lama. Tahu sajalah, tiap cuti sekolah mesti ada perancangan mahu kemana-mana

Sepanjang perjalanan ke Kundasang, hujan lebat. Nasib abang Dayang, juruajar pemandu, bijak mengendalikan van mini, melalui simpang siur jalan Kundasang

Hari pertama pergi, terlupa nak hubungi pihak motel mana nak menginap. Syukur ada seorang kawan yang pak saudaranya pengusaha homestay murah (Walai homestay). Sewa semalam rm100, 2katil, dapur dan tandas, malam itu kami tidur dengan lena

Yang bestnya, masak ramai-ramai sambil rebut ayam dalam sup sayur campur, gembira itu sangat tidak terkata. Bayangkan ayam yang dipotong kecik-kecik, masuk dalam sup sayur, masing-masing mencari seperti benda yang tersembunyi. Riuh rendah gamatnya

Keesokan pagi, masing-masing pula mengomel malah jeritan halus kedengaran dari dalam tandas. " Air sejuklah, "cepatlah keluar", "lambatnya mandi" dan sebagainya boleh kedengaran. Amboi korang, jakun pula Dayang nengoknya

Duduk nginap dekat dengan panorama pemandangan Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan orang Sabah, semua itu tidak mahu dilepaskan peluang. Bangun pagi terus pergi ambik gambar

Kalo boleh, setiap sudut maw dicapture keindahannya

Sesiapa yang belum sempat ke sini...Boleh jer jadi tour guide....heheheh yang penting ongkosnya ya 😆😆😆😆

Ooops! terlebih sudah hahahahah

2 comments:

  1. Siokkan kalau pergi beramai²... Riuh dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah....mcm2 karenah dorang, nak itu nak ini....gelak ketawa dorg bukan main

      Delete

Follow Us @u.shine.im.queen