Wednesday 17 January 2018

USAH PANDANG RINGAN SAKIT BELAKANG

Sakit belakang bukan sesuatu yang boleh kita anggap remeh

Kadang sakit belakang berpunca daripada beberapa penyakit yang berkaitan dengan penyakit kronik

Terutamanya jika sakit belakang tersebut berlarutan walaupun sudah telan painkiller

Sepeti Dayang alami ketika 2 tahun yang lalu, bermula kebas kebas kaki hinggalah kepada sakit belakang yang teruk, bukan sudah jadi benda yang patut Dayang pandang ringan

Apa yang Dayang ingin kongsi disini ialah

1. Sekiranya sakit belakang yang melibatkan kekejangan bahagian kaki, eloklah segera berjumpa dengan pakar untuk mengetahui apa punca sakit tersebut

2. Sakit belakang, kadang disebabkan oleh overdose kerja, berehatlah sebentar untuk melegakan rasa lelah tersebut

3. Jika perlu angkat sesuatu barang yang berat, bengkokkan lutut bukan pinggang. Rapatkan barang dan keraskan otot perut untuk mengangkat beban tersebut. Minta kawan untuk bantu anda

4. Rapatkan punggung ketika duduk. Ini akan melegakan belakang anda agar tidak merasa penat. Gulungkan tuala atau bantal untuk sokong belakang

5. Lakukan senaman kecil seperti naik turun 3anak tangga dan latih tubi bangkit untuk kuatkan otot belakang dan kaki agar dapat mengurangkan kesakitan

Semua di atas adalah cara lain untuk mengelakkan sakit belakang makin parah

Ada beberapa lagi cara lain elak sakit belakang berulang. Jom Dayang share linknya ya

http://bit.ly/2DIIcmG

Semoga bermanfaat kepada anda semua

Dayang
Suka kongsi ilmu

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen