Friday 26 January 2018

Bagaimana Mengawal Aliran Kewangan Agar Tidak POKAI di Tengah Bulan?

Dulu emak Dayang selalu pesan, jika baru gaji, kena biarkan duit bermalam dalam bank, esok pagi baru ambil
.
.
Itu amalan yang Dayang cuba buat sampai sekarang, memang berhasil, duit tidak cepat aliran keluar
.
.
Tapi itu mungkin kerana cara Dayang sendiri kot
.
.
Okey, jom kongsi bagaimana Dayang kawal aliran keluar masuk kewangan sepanjang hari setiap bulan
.
.
Ini cara Dayang saja, terpulang pada anda untuk ikut atau jika ada cara lain lagi, kongsi dalam komen ek
.
.
1) TULIS BAJET PERBELANJAAN
.
Tiap bulan, Dayang akan tulis setiap bajet perbelanjaan agar dapat peruntukkan wang sebelum gaji. Kenapa kena tulis? Agar tidak terlebih belanja benda yang tak patut 😆
.
.
2) ASINGKAN UNTUK SIMPANAN
.
Ini juga penting. Selalunya, Dayang akan asingkan 30% daripada gaji untuk simpanan, 40% lagi untuk keperluan harian dan selebihnya 30% untuk kecemasan
.
.
3) TIDAK BERBELANJA MELEBIHI GAJI
.
Berbelanja melebihi gaji akan membuatkan kita terhutang. Berhati hatilah ketika window shopping, ketika travel atau sedang mengadakan sebarang majlis
.
Cuba minimalkan masa window shopping tersebut dengan hal hal yang lebih berfaedah seperti menghadiri kursus pengendalian kewangan atau biznes
.
Sekurang kurangnya kita tahu kemana perginya duit kita sepanjang bulan
.
.
Dan kurangkan kadar POKAI sebelum tengah bulan, betul tak betul?
.
.
Dayang
Suka belanja mengikut keperluan

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen