Sunday 23 April 2017

SHELLOUT DIET - Pasar Malam Sinsuran Sabah

Kalo sebut tentang seafood, Sabah boleh dikategorikan sebagai RAJA MAKANAN LAUT

Semalam, setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke Pasar Malam Sinsuran, Dayang dan hubby pegilah buat kesekian kalinya mencari lobster; sejenis udang kara yang amatlah popular di kalangan penduduk dunia

Huhuhu pelbagai makanan laut yang kami servey, rata-rata hanya boleh telan liur jer lah dengan harga yang boleh mencecah ratusan ringgit💸💸💸

Tapi, oleh kerana craving for shellout semalam, tutup mata🙈🙈 jaklah heheheh

Untuk pengetahuan penggemar makanan laut semua, Pasar Malam Sinsuran memang popular di Kota Kinabalu. Sebut saja makanan laut yang awak mahu, pasti saja hidangan terhampar di depan mata

Nanti lagi kita cerita bab makanan-makanan dan tempat-tempat popular di Sabah ek

Nak telan Bitamin C dulu, supaya tak tergaru-garu dek sotong udang lobster 🐙🐚🐟 semalam huhuhu

Duit saja lah mahu tahu bagaimana heheeh

Apa-apa pun, semalam dah tertunai hajat nak shellout with my hubby

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen