Monday 5 December 2016

PERGI TAK KEMBALI

betapa alam dunia hanya satu persinggahan sementara sob sob 😭😭😭😭

baru tadi, saya mendapat berita dari seorang teman akan kehilangan 3 dari 4org anak2nya yang lemas berhampiran kawasan sawah padi

terkedu, sedih dan betapa saya tak dapat membayangkan bagaimana anak2 syurga tersebut pergi dengan sekelip mata

kematian tidak bole dijangka, apalagi ditangguh atau dipercepatkan

setiap kematian akan mencetuskan pelbagai spekulasi2 di mana manusia akan berfikir sejenak ; bila gilirannya kelak, di mana, bagaimana cara dan sebagainya

tak hairanlah bila menghadiri suatu pengkebumian, suasana majlis tersebut agak suram dan tenang, memasing menanam rasa sedih, pilu, perit akan suatu kehilangan yang ditanggung oleh ahli keluarga terdekat

lebih2 lagi jika kehilangan itu melibatkan anak2 kecil yang belum mengerti apa2

kematian juga tidak tertakluk kepada mereka yang sudah lanjut usia, bukan saja menurut jantina, bukan juga mengikut status kewangan; siapa saja dengan spontan bole sampai ajalnya bila2 masa.....no time limit

maka...kita yang masih hidup hanya perlu berdoa, bermunajat agar kematian kita biarlah dalam keadaan yang baik ; husnul khatimah, pengakhiran yang baik....mana taw selesai saja taip entry nie....ajal hakak sampai....innalillahi wa innailaihi rajiun.....AlFatihah 😐😐😐


No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen