Sunday, 15 April 2018

Gema Rindu Bonda Kepada si Perantau Ilmu

Belajarlah jauh jauh nak!!

Ibu doakan engkau berjaya

Pergilah dengan membawa hati waja

Kerana saat ini, ibu tidak lagi ada di sisimu sentiasa

Bersedialah dengan dunia luar, adakalanya kejam, ada kala ramah, tidak kurang cepat meninggalkan kesan dihati

Kemana pun kau memandang, ambillah contoh yang bermanfaat

Teguhkan iman, takwa dan amal di setiap langkahmu diorak

Terpedaya duniawi cepat kembali ke pangkal jalan

Andai engkau berjaya, pulanglah ke pangkuan ibumu

Tiada yang lebih berharga berbanding baktimu kepada mereka

- "Rabbirfirli waliwalidayya warhamhuma kama Rabayani soghira" -

Dayang
Sampaikan salam sejahteraku pada kedua arwah bonda ayahandaku

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen