Thursday, 5 April 2018

Disangka sebaya rupanya bekas guru sekolah

Hari ini majlis Kecemerlangan Sekolah bagi sesi 2017 telah diadakan
.
.
Pelbagai anugerah diberikan kepada guru guru di samping penyampaian sijil peperiksaan PT3, Sijil Menengah Agama, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia
.
.
Alhamdulillah tahun ini, Dayang berjaya mendapat 2anugerah Guru Cemerlang bagi matapelajaran Al-Quran 100% keputusan lulus tahun lalu
.
.
Selain itu, anugerah Pegawai Paling Aktif Ko-Kurikulum sepanjang tahun 2017 bagi Pasukan Pengakap Malaysia yang Dayang pimpin selama ini
.
.
Bukan Dayang saja, ada beberapa lagi guru yang mendapat anugerah Pegawai Aktif KESSUMA, mereka telah menunjukkan komitmen yang baik dalam sukan
.
.
Tahniah Dayang ucapkan
.
.
Dalam ramai ramai itu, tetiba seorang bekas pelajar menyapa Dayang dari belakang
.
.
"Cikgu tak kenal saya? dia mengukir senyuman sambil menyantuni Dayang berjalan keluar dewan
.
.
Terkebil kebil Dayang mengingati namanya. Maklum sajalah, sudah 11tahun berkhidmat di sekolah itu, terlalu ramai murid silih berganti yang sudah pergi meninggalkan kami sebagai guru
.
.
Manalah dapat ingat semuanya
.
.
"Siapa ya? ingat ingat lupa sudah saya" menyoal kembali agar tidak tersinggung
.
.
"Debab bah cikgu, takkan lupa. Tangannya mulai menggenggam erat tangan Dayang
.
.
Ya Allah....lamanya tak jumpa. Kami saling berpelukan. Memang agak lama dalam 8tahun yang lalu setelah dia habis belajar
.
.
"Cikgu masih comel dan muda bha" tingkahnya sambil menyapu lembut bahu Dayang
.
.
Well, cikgukan awetmuda 😆
.
.
Ya cikgu, memang awetmuda....macam pelajar sekolah
.
.
Okey!! 😂😂
.
.
Perbualan kami berakhir setelah bertukar tukar nombor telefon dan berpelukan sekali lagi
.
.
Faham tak perbualan itu?
.
.
Dayang biarkan pembaca untuk menilai, menganalisis perbualan Dayang dan "debab" sebentar tadi
.
.
Kalo faham, Dayang bagi 👍👍 double thumbs up
.
.
Dayang
Penangan vivix dan SRvitaC lah tue

2 comments:

  1. Wahhh tahniah sis... Hebat sungguh penangan Vivix dan Vitamin C tu ye... Awet muda!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah....memang sgt berkesan vivix...apalagi gabungan dgn vitaC....sesuai sgt2

      Delete

Follow Us @u.shine.im.queen