Friday, 5 January 2018

KEMANA HALA TUJU KEWANGAN DAN KEHIDUPAN 30AN

Assalamualaikum semua

Jom korang check point2 di bawah ni.
=========

Sharing

Pelan perancangan kewangan bila dah masuk usia awal 30an

1- Kerjaya yg tetap - Biasanya kalau kita baru kerja, banyak jump atau tukar kerja sebab nak cari better offer atau keserasian. Tapi bila dah mula umur 30,  kena ada goal dan direction dalam kerjaya yang sedang dilalui tu. Kalau tak ada je tak kena nanti.

2- Hidup didalam kadar kemampuan sendiri - Kalau sebelum tu banyak merapu dan duit abis entah kemana, bila dah early 30, kena ada matlamat kalau tak bisa terperangkap dalam hutang yang buruk.

3- Bila dah umur 30 ni, dah patut stabil dalam kewangan, stabil bermaksud, ada kerjaya tetap, sudah beli rumah, ada plan saving yang mantap dan kurangkan kadar hutang yang tak perlu.

4- Dapatkan kerja yang bagi better salary -  Masa umur ni dah kira experience banyak kan. So apa salahnya try new job yang lebih mencabar dan good salary. Kalau nak lagi mencabar kena masuk bidang sales. Hehe.

5- Kalau duduk dengan parent lagi, masa ni dah kena fikir untuk mula berhijrah dan mulakan untuk lebih berdikari. Bila berdikari, banyak benda kita akan lalui sendiri.

6- Rekod ccris yang baik - Bila dah masuk umur 30 ni, kerjaya pun dah mantap, so asset dan hutang mesti ada. Tapi kena jaga la rekod pembayaran agar cantik.

7- Kena mulakan saving untuk pencen nanti. Biasa kalau kerja dengan majikan, mesti ada kwsp atau pencen utk pekerja gomen. Tapi jangan terlalu bergantung pda sumber yang ada. Cuma untun saving dan invest seawal mungkin.

8- Jadi pelabur - Mulakan dengan pelaburan seperti hartanah, unit amanah. Boleh cari ilmu untuk pelaburan seperti saham atau apa saja pelaburan yang patuh shariah dan diluluskan ye. Bukan skim cepat kaya.

9- Dah mula ada emergency fund atau tengah berusaha nak penuhkan tabung ni. Ni paling penting, mulakan saving 3-6 bulan kadar expenses diri atau keluarga.

10- Ambil takaful yang sebaiknya sama ada diri dan keluarga. Bagi yang jadi sumber kewangan keluarga, boleh amik extra plan macam income replacement sebagai persediaan. Kalau tak, boleh cuba masuk pelaburan yang ada extra takaful free macam unit amanah.

11- Rancang kewangan dengan sebaiknya - Nak beli rumah berapa tahun lagi, nak kawin berapa tahun lagi, nak berhenti dari majikan dan duduk rumah jaga keluarga berapa tahun lagi. Semua kena ada plan dan tulis atas kertas, dan mulakan tindakan yang sepatutnya.

12- Mesti dah beli rumah sendiri - Pada umur 30, kalau boleh dah ada rumah kedua dan seterusnya. Biasa kita mula kerja umur 23-24 selepas graduate, so mula seawal mungkin. Sebab takaful murah dan harga rumah nampak gaya taknak turun je. Hehe.

13- Make sure faham pasal tax income dari sumber pendapatan sama ada makan gaji atau bekerja sendiri. Tax income relief pun kena faham, kalau ada masuk prs, dapat lagi pelepasan cukai max Rm3000 setahun je.

Ok cukup la sekadar ini saja. Hehe

Credit to: Mohd Aslam

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen