Saturday 30 December 2017

SURVIVOR FROM SLIPDISC MINOR

Salam semua, salam sejahtera, salam ukhuwah dan salam 1Malaysia

Dayang ingin kongsi pengalaman bagaimana mula terjatuh cinta dengan shaklee

Dulu badan Dayang kurus sangat, saiz pinggang yang paling besar pun dari bangku sekolah hanya 19cm kah kah kah sangat damit ( kecik ) bilang orang Sabah

Kerap diejek tulang bergerak ketika dibangku sekolah, sebab pipi cengkung...Apakan daya, makan berkali kali bagaimanapun memang tidak besar besar

Suatu hari, ketika bersiar siar di salah satu kompleks membeli belah, Dayang terserempak dengan seorang guru yang pernah mengajar di sekolah menengah dahulu

Dulu dia kurus sangat, Dayang tanyalah bagaimana cikgu sihat sangat nie. Dia kata dia ambil ESP dan Vitamin B Shaklee, dan dia sarankan agar Dayang juga ambil vitamin tersebut

Oleh kerana pada mula mula consume ESP, rasa tak sedap sangat, tahulah rasa macam soya tawar, tapi hadam saja. Tak habis pun setong, Dayang biarkan begitu saja. Bertahun tahun juga tak jumpa cikgu tue sebab Dayang sudah bekerja jauh

Pada penghujung 2014, Dayang mengalami pengalaman buruk dimana tulang belakang T3 hingga L5 Dayang makin menipis dan menghimpit saraf sebelah kanan

Dayang hampir tidak dapat berjalan. Sakitnya, hanya airmata menemani setiap langkah

Doktor cadangkan untuk buat MRI, Dayang hanya angguk dan faham, jika sudah sampai kepada MRI pasti penyakit Dayang serius walau kata doktor masih dalam peringkat awal kes

Dayang menangis, Allah pilih Dayang agar terus tabah. Suami banyak bagi sokongan. Kata dia, kita buat cara rawatan alternatif dulu

Pergi klinik, painkiller saja diberi kerana mereka tetap sarankan MRI

Pergi pakar Xray pula, masih boleh diubati ( tak ubat takda apa rawatan susulan ) tapi Dayang dapat tengok keadaan tulang

Pergi berurut. Part nie, Dayang tak dapat tidur seminggu sebab asal baring saja, perit sakit dari belakang hingga ke kaki. Kena tidur duduk, tapi masih juga tidak dapat tidur. Maka berjagalah sepanjang malam, hanya terlelap ketika jam10

Suami pernah tidak pergi kerja kerana sama sama tidak dapat tidur kerana Dayang menangis setiap kali mahu tidur. Dia tolong urut belakang dengan minyak panas, hinggalah Dayang terlelap barulah dia turut tidur sama

Kemudian, Dayang teringat pernah seorang kawan terima vendor Shaklee di kedai dia. Dayang terus minta nombor Nida Syam untuk bertanya tentang vitamin apa paling bagus untuk tulang

Dia syorkan Dayang ambil #ostematrix untuk tambah kalsium dan kurangkan sengal sengal badan. Dia juga syorkan Dayang ESP untuk pulihkan gastrik Dayang. Alamak ESP lagi huhuhu agaknya memang jodoh Dayang dengan ESP belum habis

Ostematrix Dayang beli 3botol terus sebab masa itu ofer. Nida cadang masuk ahli, tapi Dayang belum terbuka hati nak join mana mana club. Tahulah sangat banyak kad ahli hehehe

Belum habis disitu sahaja, oleh kerana guna sebotol oste hanya untuk sebulan, maka bulan yang seterusnya Dayang kena lagi beli dan terpaksalah tunggu stok lama

Akhirnya Dayang join ahli. Rupanya join ahli lagi berbaloi. Benefit sangat banyak

Bukan itu sahaja, malah 6bulan selepas consume ostematrix, Dayang sudah boleh panjat tangga kelas yang selama ini Dayang trauma. Bukan sebab apa, setiap kali naik, 2 3 minit berhenti, masa juga banyak terbuang kerana mengambil masa yang lama untuk berjalan ke kelas yang hanya memerlukan 3minit untuk sampai

Sekarang, Dayang makin beransur pulih, walau tidak seperti dulu, tapi sekurang kurangnya panjat tangga tingkat3 sambil berlari sudah boleh senyum senyum

Pengalaman ini Dayang tidak akan lupakan, terima kasih Allah kerana temukan Dayang kembali dengan Shaklee dan orang orang yang sangat baik di sisi Dayang. Terima kasih juga kepada sis Nida kerana banyak consult dalam bab suplemen

Hanya Allah sahaja yang dapat beri ganjaran kepada mereka mereka ini

Wassalam

Dayang
Kongsi sebagai pengalaman bersama

No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen