Believe within
March 06, 2026
0 Comments
ASSALAMUALAIKUM SEMUA....Lamanya tak post apa2 dekat blog, lebih2 lagi bila sudah tidak aktif dalam Shaklee dan sewaktu dengannya. yang pasti, saya sudah semakin hampir melupakan blogging.
Seperti biasa, sebelum saya berceloteh panjang lebar, biarlah sekali lagi salam perkenalan saya tebarkan, manatau ada yang sudah lupa2 ingat dengan saya. Hai!....Saya, Dayang Ku Lehainie atau lebih dikenali dengan panggilan Kak D. Berumur 47 tahun dah untuk 2026 ini. Masih muda bah kan hihi.
Untuk lebih mesra, saya bahasakan diri saya Kak D la ya. Saya seorang guru bahasa, berkhidmat di sekolah menengah agama yg terletak di hujung pantai barat Sabah. Sudah berkahwin, masih berhanimun lagi. korang doakan saya tau.
Punyai 10 ekor bulus yang comel2 gamaknya. Riuh dengan telatah mereka, tapi...ada tapinya ya. Berantakan rumah kita oleh mereka sahaja. huh!!
Semasa saya menulis posting ini pun, mereka sedang berkejaran di ruang tamu. hentamlah kamu, labu. Hakak tak larat nak layan. Malah, impian saya untuk memiliki satu rumah kucing yang lengkap satu hari nanti sentiasa dalam fikiran. aduuuuh! bestnya tue. Sekurang2nya mereka pun ada juga rumah, kan. satu hari nanti, sayang.....kakak akan tunaikan.
Aik? tadi mahu bercerita pasal apa aktiviti sepanjang tidak buat sebarang posting di blog. tapi, nampaknya masa mencemburui perkenalan kita sebentar tadi. nantilah ya saya bercerita lagi. terlalu banyak yang berlaku sepanjang 2020 hingga sekarang.
Akhir kata, sambutlah salam sayang dari Kak D untuk korang semua. Muuuuuuuah ciked hiiiii







































