Saturday 27 May 2023

# amalan harian # kata kata motivasi

Kata-kata motivasi : 5 rules of happiness

Assalamualaikum semua

Ada yang tengah berduka ke tuee? Dont worry, everything will be okey...iya kan?

Allah SubhanAllah telah berfirman, sebanyak dua kali dalam surah Al Insyirah ayat 5-6 ;-

Yang bermaksud; "Maka sesungguhnya kesusahan itu akan ( diselangi ) dengan kemudahan. Sesungguhnya kesusahan itu akan diselangi dengan kemudahan."

Janji Allah itu pasti, maka bersabarlah dengan setiap ujian yang ditimpakan.

Berikut 5 tips kebahagiaan dan kata-kata motivasi, Dayang nak kongsi dengan korang sebagai panduan dan rujukan amalan seharian. Ada banyak lagi amalan² dan bacaan ayat suci AlQuranul Kareem yang Dayang kerap amal. 

Sekadar perkongsian tips, manatahu adalagi yg lebih banyak diamalkan di luar sana, kongsilah dgn Dayang di ruangan komen ya.

Kita merancang, Allah Lagi Maha Baik PerancanganNya kepada kita. Jadi, teruskan bersangka baik dengan ujian Allah kepada kita. Jom kita hayati bersama.

Pertama, Tak perlu susah hati. Sabar, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Dan Allah Maha Pengasihani setiap hambaNya yang diuji

Ucapkanlah
     حسبنا الله ونعم الوكيل ونعم المولى ونعم النصير

Kedua, Tak perlu membenci. Tengok orang dapat jawatan tinggi, mula berprasangka. Kita tak tahu, semasa dia susah, dia usaha bersungguh untuk berjaya. Ingat!! Kita nampak pelangi di atas kepala orang lain, tapi sebenarnya mereka juga melihat yang sama pada kita.

Maka, ucapkanlah
            ربي لا تذرني فردا وأنت خير الورثين

Ertinya : Ya tuhanku, jangan tinggalkan aku, dan sesungguhnya Engkau sebaik2² Pewaris.

3. Berlumba² mengerjakan kebaikan. Dalam surah AlBaqarah; ayat 148 yang mafhumnya " ....berlumba²lah kamu dalam membuat kebaikan dimana sahaja kamu berada, pasti Allah akan kumpulkan kamu ( di hari kiamat ), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

4. Takut dan tawaqal kepadaNya. Rasa kurang yakin dalam apa yang kita hendak dilakukan?

Ucapkanlah :
        أفوض أمري إلى الله، إن الله بصير بالعباد

Ertinya : Ya Allah, penyerahanku hanya padaMu, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Melihat ( Memerhati ) kepada hambaMu.

5. Bersyukur. Bila bersyukur dengan apa sesuatu yang ada di sisi, nescaya Allah akan tambah lagi nikmatNya kepada kita.

Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ibrahim; ayat 7
Korang tahu apa maksud Nikmat itu?

Nikmat itu adalah, "apabila seseorang yang diberikan ujian, jika ujian itu menjadikan dia semakin dekat dengan Allah, maka itulah nikmat yang sebenar".

Selain yang di atas....ada dua lagi yang paling mujarab iaitu Solat di awal waktu dan membaca Al-Quran, kerana ia adalah Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan baginda sepanjang hidup.

Salam sayang dari Dayang

Muaaaah!! ciked....^_*

u.shine.im.queen
@ajimaura30
Dayang 010.318.9844
#pengedarshakleepapar
#nextlevelblogging
#setrahmahshaklee2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleeeffect
#shakleelovers
#newcircleforapril
#ESPsoyprotein
#cepatkurusdanselamat
#setkehamilan
#setkulitcantik
#instaaddict
#blogger

 




No comments:

Post a Comment

Follow Us @u.shine.im.queen