Hai semua!!
.
.
Tetiba kan harini Dayang ngan hubby santai aja di rumah
.
Plan tadi pagi mahu ke tamu tak jadi, sooo tengahari ini teringat nak masak sambal petai tempoyak homemade
.
Ini pertama kali cubaan Dayang buat tempoyak, salu beli dekat tamu tani saja, tapi kali ini, alang alang ada buah doyan yang isinya tak manis, dari buang, baik buat tempoyak kan
.
Lepas semak Mr Gugel cari cara buat, maka mulalah Dayang bizi mengulisi isi durian. Ada yang baik ada yang kurang manis. Dayang ambil yang kurang manis, letak dalam tupperware yang comel
.
Boleh juga dapat setengah, lepas tue Dayang letak garam sudu kecik, gaul rata dan letak saja atas meja makan tue
.
Biar sampai 3hari, lepas 3hari buka tutup, peeergh!! memang memikat bau dia
.
Kebetulan hubby beli ikan bilis, naaah bolehlah masak petai tempoyak ikan bilis, sedap tak terkata
.
Baaah....cubalah try buat tempoyak sendiri tau.....isi yang tak manis tue, boleh saja buat tempoyak, rasanya sedap tau
.
Dayang
Suka buat tanpa ragu
Tuesday, 11 December 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment