Saturday 22 July 2017

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Berguru kepalang ajar

Walau bukanlah cita cita sebenar sedari bangku sekolah, tapi Dayang terpanggil untuk menyandang jawatan ini selepas habis belajar

Jadi guru bukanlah suatu perkara yang susah, selagi ada ilmu didada, curahkan sahaja kepada mereka yang memerlukan agar menjadi ilmu yang bermanfaat

Yang menjadi persoalannya, mudahkan mendidik jiwa??

Sepanjang hampir 10 tahun penglibatan sebagai pendidik, banyak cabaran dan rintangan yang Dayang hadapi

Pernah satu ketika, Dayang ditempatkan untuk mengajar di salah satu Pusat Latihan dalam daerah Keningau, Sabah

Cabarannya, kena mengajar pelajar yang sebaya dengan kita, malah, ada yang lebih tua dari Dayang. Kira pangkat pakciklah

Bayangkan, masuk kelas tersebut, semuanya lelaki dan Dayang perlu mengajar mereka mengaji. Maka tiap pagi berbarislah mereka di sekeliling Dayang untuk tunggu giliran

Seram sejuk Dayang kalo nak tahu. Apa taknya, macam macam pertanyaan berkenaan pengalaman Dayang mengajar, mana lagi yang memasing bertanyakan status Dayang. Masa itu, masih muda belia lagi, dalam 28 rasanya

Tetapi pengalaman itu, Dayang jadikan sebagai cabaran diri untuk terus mendidik, mengajar dan menanamkan nilai menghormati guru kepada mereka

Alhamdulillah, kebanyakkan mereka adalah pegawai agama, tidak kurang juga sebagai guru, sama seperti Dayang

Syukur tidak terhingga

Moga ilmu yang pernah Dayang berikan dulu, jadi amalan mereka semua, dan biarlah mereka teruskan legasi murabbi kepada generasi akan datang

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

3 comments:

  1. Kerana guru,jadilah kita yang sekarang. Kenal nombor,kenal ABC. Jasa guru tiada gantinya. Titipan doa untuk semua guru yang pernah mengajar.

    ReplyDelete
  2. jadi guru memang besar jasanya..mendidik anak murid pelbagai ragam bukan mudah

    ReplyDelete

Follow Us @u.shine.im.queen